Monday, January 28, 2013
Zzzz Zzzz Zzzz on hiatus
perasan tak banyak gambar dah hilang kat dalam blog n? header pun takdak woihhh. blog pun dah lama tak update. nak tunggu orang hantar surat layang tulis, "dear awak, sila update blog. - your secret admire-" lepastu baru nak update blog banyak- banyak! hahaha pasal gambar hilang tu aku sendiri tak tahu kenapa. part header tu paling frust sebab woihh susah kot nak buat!!!! dah, merajuk dengan blog. bye.
Sunday, January 13, 2013
Abang Aku Seorang Pak Guard
pada suatu petang yang indah, ketika orang- orang dewasa sedang bermesyuarat PIBG katanya (kelas gitteww uolls PIBG lulzz), tiba- tiba terjadilah satu dialog diantara abangku dan seorang pakcik yang tidak ku kenali. mungkin bau bau bacang je dengan aku. mungkin. :
pakcik: nak sambung belajar apa lepasni?
abang: jadi guard je pakcik.
pakcik: pakcik x tahu pulak sekarang ni nak jadi guard pun kena sambung belajar. zaman pakcik dulu lepas sekolah darjah 6 pun dah boleh jadi guard. hebat ye guard security sekarang ni.
abang: hebat pakcik. zaman pun dah berubah. semua benda nak ijazah pakcik.
pakcik: ooo..
abang pun alahaii oii haa!!tetiba aku rasa nak hantuk kepala biar sampai tertonggeng bawah meja niiii! ada ke patut dia cakap nak jadi guard. pakcik tu pun mati- mati percaya aduii ni pun. NETWORK SECURITY nuu haaa. bukan guard yang jaga pagar sekolah tu. -,-
tapi logik jugak sebenarnya kalau cakap macamtu sebab kalau cakap network security nanti panjang berjela pulak kena explain amenda yang network amenda yang belajar security sampai ke menara gading tu. sama kes macam aku punya asasi pertanian ni la. masa mula- mula orang tanya dengan sopan ayu lembut lagi menawan aku jawab asasi sains pertanian. bila orang dah mula tanya macam- macam apa tu pertanian apa tu agriculture walaupun benda dua tu semua sama je cuma aku saja nak tulis dua kali sebab nak suruh nampak entry ni panjang. aduiii cuba baca sekali lagi ayat tu konfem semput punyalah. aku dah jadi malas nak jawab panjang berjela asasi sains pertanian. dah membazir energy 100kcal semata- mata nak explain benda tu. jadi last last bila orang tanya tengah buat apa sekarang aku jawab je tengah asasi. dah xde dah sains pertanian kat belakang tu. kadang- kadang kalau aku bajet macam omputih sikit aku jawablah tengah buat foundation gittew. sebut betul- betul pronounce biar elok foundation tu kang tersalah sebut depan pakcik tu pulak tak jadi pakcik tu nak buat jadi menantu. lewlz biasalah budak muet band 6 kan jadi kena tunjuk contoh yang baik kepada para calon yang tak amik muet lagi. -,-
apa yang aku mengarut sampai satu perenggan panjang berjela ni??!! arghhh bersabar lah korang. sebab post mengarut macamni takkan ada banyak pun kejap lagi sebab aku dah start sem 3 hoiii!!

Sunday, January 6, 2013
Experiment: Mari Bazirkan Maggi Dua Paket dan Telur Empat Biji
perghh tajuk tak boleh panjang lagi kan. boleh nak panjang. macam ni sebenarnya,
aku nak bagi resepi ni. resepi murtabak maggi goreng. hmm hmm nak x?
resepi:
bahan- bahan:
-sepaket maggi ikut suka hati perisa apa. aku guna perisa ayam sebab maggi tu je yang ada kat rumah
-lauk- pauk. udang, ayam, sosej, daging dan sebagainya yang dipotong kecik- kecik. kalau boleh udang tu terus buang kulit lagi bagus.
-telur dua biji atau seberapa yang cukup lah. tadi aku guna dua biji untuk dua paket maggi. kalau sepaket sebiji dah cukup kot. tengok saiz telur jugak lah kan. kalau aku guna saiz A korang guna saiz C memang tak menjadi lah kan.
-sos cili. kenapa kena ada sos cili? sebab aku guna maggi ayam kan. maggi ayam kan tak rasa apa jadi tambah la sos cili sikit untuk menyedapkan ramuan. arghh sukatilah.
cara- cara: (cehh, aku rasa macam dah pro. -,-)
-masak maggi macam biasa lepastu tos kan. arghh buruk ahh bunyi tos. tos tos tos tuihhh..
-pecahkan telur dalam mangkuk lepastu amik lauk pauk tadi tu gaul sekali dengan maggi
-tuang sedikit sos cili ke dalam mangkuk tadi.
-panaskan kuali dan tuang sedikit minyak. minyak tu bajet- bajet la berapa banyak. jangan buat macam nak goreng ayam pulak. takkanlah nak letak minyak pun kena ajar? hah kan dah kena bebel.
-masukkan maggi yang telah digaul dengan telur dan lauk tadi ke dalam kuali.
-lepastu angkat dan toskan minyak.
-makan.
omg dapnya dapnya dapnyaaaaaa!!!! kalau korang goreng tak hangit macam ni la rupa dia. aku goreng sikit- sikit buat kecik- kecik sebab aku tak reti nak terbalikkan dia masa dalam kuali. kalau kecik- kecik camni senangla. telur dadar pun aku tak reti nak terbalikkan. -,- kesian bakal suami aku. takpelah. nanti aku cari suami yang tak suka makan telur. takdelah susah- susah aku nanti. haha
jadi persoalannya, sedap ke tak murtabak aku ni? hahaha oii tengok gambar ah. kalau gambar tu dah suci, rasa dia pun mesti suci jugak okay?
okay sebenarnya rasa dia tak sedap pun. kbai. ni resepi main- main je ni. padan muka korang. aku psycho sikit semenjak sem break bermula ni.
mari bazirkan maggi dua paket dan telur empat biji bersama minyak sekerat botol dan tisu satu kotak.

Monday, December 31, 2012
Eh Awak Hantu Ke Manusia
Semalam, aku baru balik daripada study fizik dekat bilik member aku dekat blok lain. lepastu time otw nak naik bilik aku ni, aku terserempaklah dengan sorang akak senior yang baru keluar dari toilet. aku rasa dia senior kot sebab dia pakai baju kolej yang lama punya. haha masa tu pukul 1 pagi lebih kurang. bayangkan benda ni berlaku dalam keadaan gelap. hanya ada sedikit cahaya lampu daripada toilet yang menerangi kitorang. akak tu kan baru keluar daripada toilet pukul 1 pagi lepastu tetiba terserempak dengan aku. dengan muka terkejut, dia pun tegur,
akak senior: eh awak hantu ke manusia?
aku: saya manusia la. kenapa kak? haha
akak senior: tinggi sangat!
lepastu akak tu cepat- cepat masuk bilik dia. -,- comelnya akak.... saya hantu ke akak yang hantu sebenarnya? T__T
Saturday, December 29, 2012
Have you said Alhamdulillah today?
![]() |
| post kakak aku dekat facebook. |
Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Tapi, pagi keluarga aku, tahun 2012 mencacatkan sebuah memori yang pahit.
kalau ikut kalendar yang ada dalam mana- mana kalendar ataupun mana- mana smartphone yang hidup, hari ni bertarikh 29 Disember 2012.
Tau apa yang terjadi? Pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh Puan Umi yang menyatakan Ayah Teh telah kembali kerahmatullah pada pukul 4.15 pagi tadi.
Bagi sesiapa yang follow twitter aku, korang mesti tahu yang kebelakangan ini aku kerap bermimpi gigi aku patah. ada yang tiba- tiba dia patah, ada yang patah siap tersembur darah lagi macam kena bunuh. scary kan?
kalau mengikut apa yang aku google, mimpi tersebut bermakna aku akan kehilangan saudara terdekat. dan it's true. aku kehilangan pak sedara aku.
selepas tu, aku mimpi aku meludah. mimpi meludah bermaksud akan ditimpa kesusahan. semua mimpi tersebut benar- benar terjadi dalam hidup aku. mungkin Allah sayangkan aku. dia bagitau apa yang bakal terjadi dalam hidup aku melalui mimpi- mimpi aku. mungkin Allah sedang bagi peringatan kepada aku yang sentiasa membuat dosa sepanjang masa. Ya Allah, alhamdulillah.
adapun sebelum ini aku hanya percaya bahawasanya mimpi itu hanyalah mainan tidur, tapi hari ini, mimpi itu betul- betul terjadi dan memberi kesan kepada diri ku. semoga aku dapat menjadi lebih baik dengan adanya petunjuk- petunjuk dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ini.
semoga roh Ayah Teh dicucuri rahmat dan semoga jasadnya selamat di alam kubur sana. alhamdulillah pada pandangan aku, beliau telah meninggalkan anak- anaknya dengan ilmu agama yang mencukupi. Insyaallah benda tersebut boleh dijadikan sebagai bekal. Pada masa hayatnya, aku boleh katakan dia sukakan kanak- kanak. Adik aku, Buna, sering diajak untuk jogging bersama tiap- tiap petang saat beliau pulang ke kampung. bukan sahaja mereka berjogging, tapi adik aku tu dimewahkan lagi dengan mainan- mainan dan makanan dari kedai runcit terdekat sepanjang mereka berjogging.
Tuesday, December 25, 2012
Bila Lembu Di-Mix
Assalamualaikum. cuti kan? cuti krismas kan? ahh x kisah ah cuti apa pun. UPM ni memang cacat. raya puasa kitorang exam, raya haji exam, deepavali exam, krismas exam, new year pun saya exam. yeayy mee yeayy!!
otak aku dah tepu weh. tepu dengan bio! dah la sekarang musim hujan. dugaan syaitonirrojim betul lah. dah tadi aku pergilah jalan- jalan kat bilik member aku, ingatkan nak suruh dia explain sikit pasal bio ni. tapi harammmmmmm..kalau dah jumpa kawan tu memang borak tak berhenti lah. haha
"weh, apa beza daging merah dengan daging putih?"
tetibe keluar topik ni sebab kitorang exam agriculture hari jumaat ni.
"oh, daging merah ni untuk haiwan yang banyak bergerak, macam lembu,kijang,kambing. kalau daging putih ni untuk haiwan yang macam katak macam tu lah. dia x banyak gerak, dia keluarkan energy sekali sekala je time nak melompat tu."
"kalau babi kenapa daging dia kaler putih? dia takde pun nak kumpul tenaga macam katak."
soalan ni aku yang tanya dia since abah aku dah pesan awal- awal kalau nampak daging kaler putih tu jangan beli. sebab daging babi kaler putih. tapi kami duk berdebat la pulak sebab dia tak percaya aku cakap daging babi kaler putih. so kitorang amik keputusan google gambar babi dengan keyword "raw pork". google kat fon, bukan kat laptop. jadi ofcos la kena tekan- tekan skrin tu kan. tetiba,
"eh boleh pegang ke daging babi ni. bukan haram ke ni?" *sambil dia larikan tangan dia daripada skrin*
"weh kau kalau nak makan penampar cakap awal- awal!"
hahahaha bangang punya kawan. macamni la anak- anak kalau semua dah tepu baca bio. argghhhh
okay dah. x menarik pun. saje nak shareeeeeeeeeeeeeeee.
anak itik tokwi mandi dalam kolam..arrgghhh bye semua.

Monday, December 24, 2012
HAHAHAHA INI LAME
HAHAHAHAHAHAHAAA aku rasa nak gelak je sekarang. hahahahaha maka jom lah kita gelak bersama- sama. hahahahaha kita penuhkan entry ni dgn gelak jer. hahahahahaha ok stop.
macamni sebenarnya, kenal x Dena Bahrin? ala blogger famous yang time dia kawin tu semua orang rasa macam nak kawin jugak walaupun calon takde lagi. haha kenal x?!
aku pun kenal jugak sebenarnya. kenal masa ada video yang suami dia propose dia dulu tu. sooo sweet kan. okaydahtasnim!!
lepastu lepastu, dah lama gila dia famous kan? harini baru aku terdetik hati nak bukak baca tilik blog dia. hahahaha lame kan? ok sila lempang aku sekarang!!! hahahahaa
so, bila bukak blog dia tu tengok entry dia yang first- first, "Hati Manusia, Allah Yang Jaga". memang pergghh kena setempek kat atas muka. selama ini pun dah tahu dah semua benda Allah yang jaga, Allah tu berkuasa dalam membolak-balikkan hati manusia, sebab tu ada yang jahat gila- gila pun bila Allah bagi hidayah, masuk tabligh apa semua jadi lebih baik dari kita semua ni.
kadang- kadang rasa hubungan dengan Allah tak cukup mantap lagi. sebab tu lah hubungan dengan manusia pun tunggang terbalik.
kadang- kadang kita taknak minta maaf dengan orang kenapa? sebab kita rasa kita je yang betul, orang lain semua salah. walhal diri sendiri pun senget sebelah. dan kadang- kadang kita rasa kita dah maafkan orang tu, tapi cuba tanya diri kita balik, betul ke dah maafkan? betul ke ikhlas dalam memaafkan tu? ke ada kepentingan lain? kita ada masalah hati yang ego sebenarnya.
ini aku boleh simpulkan sebagai, kita buat sesuatu kerja tu tak ikhlas. tak ikhlas dalam membantu, tak ikhlas dalam memberi maaf. kita sering mengharapkan benda baik yang kita buat tu, orang balas baik jugak. walhal kita tak tahu apa yang Allah balas kat kita. tapi kenapa bila kita buat benda jahat, kita tak pernah pun mengharapkan orang lain pun buat jahat kat kita jugak? jadi ayat kat atas tu bertukar "Eh serious malas nak jadi jahat dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati." kenapa tak pernah? sebab kita buat jahat tu sepenuh hati. betul x?
okay dah. sentap x? hahaha shadap u tasnim.
btw, happy bday Rittie Dan! my closed friend during National Service. haha she's so cute and she has soo many crush. chinese memang susah sikit nak sebut nama tasnim. jadi nama aku jadi Tas Square. entah macam mana. aku pun dah lupa. haha so aku panggil dia TT, T Square. haha she loves to hug people. I dont know why. semua orang dia mesti peluk kalau nak bergambar ke hape ke. pening aku. ahaha

Bila hubungan dengan Allah betul betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia takde masalah.
kadang- kadang rasa hubungan dengan Allah tak cukup mantap lagi. sebab tu lah hubungan dengan manusia pun tunggang terbalik.
Biar kita jadi orang yg minta maaf dan maafkan.
kadang- kadang kita taknak minta maaf dengan orang kenapa? sebab kita rasa kita je yang betul, orang lain semua salah. walhal diri sendiri pun senget sebelah. dan kadang- kadang kita rasa kita dah maafkan orang tu, tapi cuba tanya diri kita balik, betul ke dah maafkan? betul ke ikhlas dalam memaafkan tu? ke ada kepentingan lain? kita ada masalah hati yang ego sebenarnya.
" Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."
ini aku boleh simpulkan sebagai, kita buat sesuatu kerja tu tak ikhlas. tak ikhlas dalam membantu, tak ikhlas dalam memberi maaf. kita sering mengharapkan benda baik yang kita buat tu, orang balas baik jugak. walhal kita tak tahu apa yang Allah balas kat kita. tapi kenapa bila kita buat benda jahat, kita tak pernah pun mengharapkan orang lain pun buat jahat kat kita jugak? jadi ayat kat atas tu bertukar "Eh serious malas nak jadi jahat dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati." kenapa tak pernah? sebab kita buat jahat tu sepenuh hati. betul x?
okay dah. sentap x? hahaha shadap u tasnim.
btw, happy bday Rittie Dan! my closed friend during National Service. haha she's so cute and she has soo many crush. chinese memang susah sikit nak sebut nama tasnim. jadi nama aku jadi Tas Square. entah macam mana. aku pun dah lupa. haha so aku panggil dia TT, T Square. haha she loves to hug people. I dont know why. semua orang dia mesti peluk kalau nak bergambar ke hape ke. pening aku. ahaha
Friday, December 21, 2012
Tak Tahu Kenapa Tapi Aku Nak Post Pasal 21122012
Hai! Assalamualaikum. dah lama nampaknya tak update blog ni. biasalah I kan busy youuu... blog ni semenjak dua menjak ni aku nampak post- postnya suram jer. bila jiwa tak tenteram, posting kat blog ni pun jadi tunggang langgang gak. fitrah manusia la tu banyak masalah. huhu banyak post- post sentap yang memakan jiwa pembaca. dan tak lupa juga post- post yang sentap perghh masuk ke ulu hati. (pedih ulu hati? minumlah gaviscon. ahh motif?)
dah. aku dah start merapu dalam bahasa melayu sastera zaman nenek aku datuk aku moyang aku sultan mansur shah aku. eh, tu bukan. okay, kat mana kita tadi? hah, kat sini? kat blog ni. okay hambar~~
haritukan haritukan, classmate aku kan, dia india kan, agama dia hindu kan, eh apasal bunyi macam gedik je ni. dah dah.
okay hariitu classmate aku yang india tu ada tanya aku,
"eh tasnim, you apa plan ah nanti 21 disember? kan the end of the world haritu."
aku yang dalam hati dah tergelak sakan bila dia tanya macam ni. tapi takde la gelak depan dia kan. tak baik la pulak. tu kepercayaan dia, nak buat macam mana. aku pun jawab,
"eh mana ada plan. saya orang Islam mana percaya benda- benda macam ni. you ada plan pape ke?"
aku tanya dia balik. mana la tau dia dah siap- siap beli rumah bawah tanah ke apa ke untuk persiapan kiamat tu kan. takpun dia dah beli makanan banyak banyak buat stok raya. eh silap, buat stok menunggu hari the end of the world tu kejadah apa entah.
"oh, 20 hari bulan tu saya ingat nak enjoy dulu la puas- puas. lepasni mati takleh nak enjoy dah. malam tu nak tidur I nak telan pil tidur biar boleh tido dengan lena la hari last tu."
hah! amik kau. saya dengan I dia main campur jer. biasalah tu poringge kan. kalau ayat tak berbelit bukan poringge la nama dia. haha lepastu aku senyap jer. malas nak gaduh dengan dia sebab dia mudah sentap woot! muka banyak keras tapi hati mau sentap wa cakap sama lu.
lepastu kan lepastu kan. harini la paling best aku bahan dia. haha pagi- pagi lagi sampai kelas aku cakap,
"waa, hebat la kau. datang jugak kau ke kelas harini eh. macam mana kau boleh survive the end of the world ni? eh eh kenapa aku rasa macam takde pape je yang berlaku hari ni nih?"
best beb best. perasaan tu macam kau dapat durian runtuh rambutan runtuh manggis runtuh air milo tabur runtuh beb. dia balas,
"mana ada I cakap harini the end. takde pun punpunpunn."
haa sudah. kalau dah keling tu memang keling la jugak. takpe takpe. aku layan lagi.
"haritu you cakap nak telan pil tidur tu kenapa?"
"ohh, dah tu I takut kalau ada tsunami ke apa ke. takut bencana berlaku ke. you tak takut ke? kita hindu kita tak percaya kiamat ni. tapi ada jugak kiamat. tapi bukan sekarang. tapi banyak tahun lagi."
banyak tapi dia. dah laa. aku cakap dengan keling ni dengan aku aku sekali jadi keling. grammar aku tunggang terbalik bila cakap dengan keling ni taw?

Saturday, December 15, 2012
Kau Tau Kenapa?
Kau tahu kenapa orang cakap DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER?
sebab tak semua orang yang tersengih tersungging nampak gigi arnab dua batang sepanjang masa tu dia takde masalah. tak semua yang tengah tersenyum lebar tu bahagia. benar, kadang-kala senyum itu tanda bahagia. tapi kadang- kadang kebahagiaan itu membunuh. tahu?
pernah rasa tak pengalaman terpaksa senyum tersungging walaupun hati sedang terluka sebab kau tahu kau senyum ke masam ke apa ke, takde orang nak kisah? pernah rasa tak? jadi lebih baik tersungging lah kan. di samping dapat meregangkan otot bahagian muka kejadah apa entah. aku tak reti benda- benda macamni. dalam kelas bio aku tidur. kbye.

Wednesday, December 12, 2012
Mohon Jangan Dekati Jika Diri Tiada Insuran Jiwa
"kenapa sedih ni?"
"tak ah. mana ada."
5 minutes later
"weh, apa kau ni orang duk gelak- gelak kau senyap jer."
"dah tu fon aku tengah rosak kau nak suruh aku gembira?"
"laaa, tadi aku tanya sedih tak kau cakap tak."
"aku memang jenis suka tipu dengan emosi diri sendiri."
"ohh,,okay. jadi aku tak boleh percaya la yer kalau cakap kau suka ke benci ke apa ke?" *nada gurauan*
"kau dengan sifat pemanipulasi ayat tu memang laahhh ... " *nada marah*
dah. aku tersentap dekat situ. masuk kali ni dah dua orang cakap aku suka belitkan ayat orang sampai ayat orang tu dah jadi tersalah paham dah. dan kau tau apa akan jadi kalau ayat tu dah disalah pahamkan? of cos la sakit pedih ulu hati kawan tu beb.
Tuesday, December 11, 2012
Saturday, December 8, 2012
Ini Peraturan Pertama Dalam Hidup
sepanjang hidup tak pernah ada peraturan macamni. kecuali dekat PLKN. kat sana semua ditentukan oleh pihak pengurusan. pagi pakai tshirt, tengah hari pakai baju kemeja, petang pakai baju sukan, malam pakai tshirt biasa. haiihhh susah jugak hidup kat PLKN dulu sebab semua barang free kan, so kena ikut jelah peraturan dia.
dan tidak semena- mena pihak asasi pulak buat peraturan pemakaian. nice kan? aku sukaa.. sebab nanti takde lah nampak budak- budak ni selekeh sangat. macam nak pergi pasar je semua. haha tapi aku nampak ada buruknya tentukan dressing budak- budak ni. hmmmm kalau budak tu lupa haritu kena pakai apa macam mana? entahlah. kbai.

Thursday, December 6, 2012
hati hitam
pagi seperti biasa.
pabila terlihat kelibat bas, terus diserbu oleh para pelajar.
tidak terkecuali jugak aku.
tapi pada pagi itu, berbeza.
di dalam kekalutan,
di tengah pergelutan untuk merebut bas,
hujung mata ku tertangkap sesuatu.
aku hanya mampu melirik dengan hujung mata.
sungguhlah,di dalam kekalutan itu,
dia membelek telefon seperti orang lain juga.
tapi aku terperasankan sesuatu.
dia bukan membelek telefon seperti orang lain.
dia berbeza.
membuat mataku terpana seketika.
hati seolah- olah berasa kagum.
iya, di dalam kekalutan pagi itu,
dia masih sempat mengingati Allah.
rupanya, dia sedang membuka perisian al-Quran dalam telefonnya.
sungguh ku kagum dengan manusia itu.
kami di asasi UPM, takde kelas agama. hanya orang- orang yang betul- betul tahu kepentingan agama sahaja yang akan mengikuti kelas usrah, kelas tasawwur, kuliah agama, forum- forum agama yang dijalankan secara berkala di surau kolej ataupun kadangkala di dewan besar. maka haruslah aku terpana pabila melihat orang sebegini. :)
nasib baik perempuan. kalau lelaki? cair habis. hahahahahaha

Monday, December 3, 2012
Tu Planet ke Bintang?
haa ni senang jer. kalau duk tengah mengintai langit malam tu lepastu tetiba ada beberapa objek yang kelihatan seperti 'bintang', kena kaji betul- betul dulu samaada ia betul- betul bintang ataupun tak.
ini benda yang aku belajar dengan otai- otai dalam bidang astronomi masa aku pergi mencerap dengan diorang. sekarang dah takde masa nak buat semua tu. :'(
dulu aku pun macam korang jugak, semua benda aku cakap bintang. haha tapi sekarang tidak lagi! :D
okay macamni caranya, kalau objek tu berkelip dan statik, maknanya itu bintang. kalau berkelip tapi tak statik, tu kapal terbang! :P kalau berkelip tak statik dan juga bukan kapal terbang tu samaada ISS ataupun satelit. kita memang boleh nampak ISS dan satelit dengan mata kasar. caranya? nanti kalau aku rajin aku post entry untuk benda ni. haha kalau benda tu tak berkelip dan statik, haa tu baru planet! dan planet pula, kalau nampak dia besar yang amat tu planet Musytari. kalau kaler objek yang tak berkelip tadi tu kaler merah, tu planet marikh. :)) okay tu jer aku yang aku taw macam mana nak membezakan planet- planet ni dengan mata kasar. kalau nak taw dengan lebih detail, cuba download stellarium. free jer. stellarium ni satu perisian astronomi lah. kita boleh tengok objek apa yang ada kat langit kat tempat kita tu.. kita boleh set masa sesuka hati kita. apa aku merepek ni? lantak ah. malas nak explain panjang- panjang. nanti lah aku buat entry khas untuk bendalah stellarium ni. leceh laa..haha
tengok gambar tu, terus dapat tahu buruj apa yang ada, bintang tu nama apa, planet apa yang ada and so on so on.

| contoh gambar yang diambil menggunakan perisian stellarium |
tengok gambar tu, terus dapat tahu buruj apa yang ada, bintang tu nama apa, planet apa yang ada and so on so on.
Sunday, December 2, 2012
Cara Nak Tahu Siapa Stalk FB kita. *ini serius*
*kalau tak nampak gambar, pandai- pandai korang lah eh. right click kat gambar > open in new tab ke ape ke. aku malas nk besarkan gambar. haha
1. Pergi dekat wall ataupun homepage facebook korang. right-click --> view page source.
2. Bila tekan View Page Source tu dia akan keluar benda pelik- pelik macam ni. Jangan risau! korang berada di landasan yang betul la tu.

3. lepastu ctrl+F --> orderedfriend
taip rapat- rapat taw! tu aku taip orderedfriend la tu tapi sekerat jer. biasalah aku kan malas sikit bab- bab taip ni. haha
4. copy nombor yang dalam kotak merah tu. lepas tu pergi dekat adress url taip facebook.com/nombor yang korang copy tu. and tadaaa!!! keluarlah page orang yang selalu view korang tuh.
ni kalau sape- sape yang ada crush ni lepastu pulak crush yang jadi top viewer memang perghhh gila la kan??? hahahaha
In The Making of New Interface
i'm using gimp. and i can say that i don't like gimp. photoshop is better i guess.
![]() |
| make the text invisible! |
![]() |
| make the picture invisible |
Saturday, December 1, 2012
REPOST: Kiamat 2012??hmm~
It's December already. tahu apa rumour tenteng disember? ya, ramalan kaum mayan menyatakan bahawasanya december 2012 will be the end of the world. nak percaya atau tidak, tepuk dada tanya iman. so, jom kita tengok dari segi kajian astronomi kenapa kaum mayan ni buat ramalan kiamat 2012.
.......................................................................
penah dengar tentang kiamat 2012??
mesti pernah kan??
takkan tak tahu kot cerita ni dah ade??
tapi,,pernah dengar tak tentang benda nih..??
ok..inilah yang dipanggil sunspot cycle..apa tu sunspot??bacalah di sini...senang cerita, sunspot ni tompok yang ada kat matahari..tempat yang paling sejuk la kat matahari tuh..sejuk-sejuk dia pon mau cair jugak law kita pegi sana! Ianya berlaku disebabkan aktiviti magnetik yang kuat pada matahari yang menghalang perolakan haba dan seterusnya membentuk kawasan yang kurang haba. seterusnya akan membentuk tompok hitam di tengah-tengah matahari.pegi bukak balik lah science textbook Form 3!!
kita sambung topik kita pada hari ini..ececece...(ceh,,gaya mcm cikgu la plak..haha)..
Pada tahun 2012,, sunspot akan mencapai bilangan yang paling banyak pada tahun tersebut dan 30% - 50% lebih kuat berbanding sunspot cycle yang biasa dan akan memuncak pada tahun 2012...Pada tahun ini juga,matahari telah menunjukkan bilangan sunspot yang begitu besar dan sangat banyak..Fenomena ini terjadi kerana sunspot sedang meningkat jumlahnya dan akan terus meningkat dengan mendadak pada waktu puncaknya....Tapi,bagus juga sebenarnya kalau sunspot ada, kerana ini menunjukkan bahawa matahari kita masih aktif.Jika tiada sunspot,menunjukkan bahawa matahari kita sudah tidak aktif dan kemungkinan besar,,,,,nauzibullah hi min zalik..Minta- minta dijauhkan..
Jika kadar kereaktifan sunspot di matahari semakin bertambah, maka ianya boleh mewujudkan angin suria dalam jumlah yang besar dan boleh merosakkan satelit2 dan seterusnya,,sistem komunikasi di seluruh dunia boleh terjejas... Aurora di kutub utara dan selatan mula menunjukkan warnanya yang terang.... bagaimana situasi ketika komunikasi bumi terjejas ?? tak dapat dibayangkan......huhu....mungkin dunia akan menjadi lebih huru- hara..
Kiamat 2012 dikaji oleh orang Mayan yang menggunakan teori sunspot cycle ini..Mereka mendakwa kiamat akan menjadi suatu realiti pada tahun 2012 kerana kereaktifan matahari sudah memuncak..
Walau bila masa pon akan berlakunya kiamat, kita perlu percaya bahawa kiamat itu tidak akan terjadi sekiranya Allah S.W.T tidak mengizinkannya..
Credit to NASA for the source.
......................................
bila dipikir- pikirkan kembali, tak terasa ke macam Allah sedang bagi kat kita satu lagi klu bahawasanya kiamat dah dekat? yelah, kita memang tak boleh percaya ramalan- ramalan ni sebab akan membawa kepada syirik. tapi kan, mana tahu Allah sengaja hantar orang untuk buat rumours ni sebab nak ingatkan kita tentang kiamat supaya kita tak lagho sangat? ataupun Allah sengaja bagi ilham dekat penerbit cerita 2012 tu sebab nak bagi kita peringatan agar kita boleh bertaubat sebelum terlambat? haaa, setiap benda yang terjadi tu ada hikmah disebaliknya.
so, mari muhasabah diri. adakah bekalan diri dah cukup untuk dibawa ke alam sana?

p/s:sesungguhnya aku masih tiidak percaya yang aku telah mengepost sesuatu yang bermanfaaat kali ini!!hahaha...
Friday, November 30, 2012
GIMP
| before |
| after |
ahhh ni saja- saja melepaskan gian la ni. kebetulan pulak photoshop crash jadi tinggal gimp jer. :'(
ni guna healing tool dengan smudge tool untuk hilangkan minyak kat muka. selamat mencuba! hihii
Thursday, November 29, 2012
Diari Hati
kebelakangan ini, banyak sarka ku yang tidak menjadi. banyak yang menjadi agregai yang terhunus diri sendiri ataupun menghunus orang sekeliling. dan banyak juga yang menjadi penyebab kepada pandangan serong teman- temanku. ahhhh mungkin tak patut ku bersarka lagi. mungkin kadangkala aku tak perlu menjadi si badut penceria suasana. mungkin aku patut menjadi si serius yang tekun menghadap kerja dan tak hiraukan orang sekeliling. dan mungkin, aku perlu menjadi si serius pembunuh suasana. mungkin itu yang mereka dambakan. aku bukan seorang pelacur perhatian, hanya mahu menjadi teman yang setia di sisi.
entri ini hanya rekaan semata- mata, sebagai satu entri pembukaan untuk mengumumkan bahawanya TEST 2 is overrrrrrrrrrrrrrrr!!!
......................................
usah ditanya mengapa
tak perlu dirungkaikan kenapa
hanya segaris senyuman yang mekar di bibir
menceritakan segala- galanya.
itu tandanya, pemilik senyuman itu bahagia. :)
alhamdulillah. banyak yang bahagia sejak kebelakangan ini. syukur ya allah. ku mohon jangan kau jadikan kebahagiaan ini sebagai satu jalan untuk ku kufur kepada nikmatMu yang lain. Aminn.

Tuesday, November 27, 2012
keinginan yang menggunung untuk mengupdate blog kerana idea di kepala sedang membuak- buak. tapi apakan daya kekangan masa disebabkan sekarang musim exam tidak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian. ahhh inipun ku curi sebentar masa rehatku kerana sudah tak tertahan rindu untuk mengusap keyboard hitam comel ini. haha
selepas exam, insyaallah beberapa features dalam blog ini akan berubah sedikit demi sedikit. insyaallah. tapi tak janji sebab hujung minggu ini sudah banyak date yang telah diaturkan. >.< date untuk ke MAHA International Fair belum tertunai. haiihhhh i'm busy person kalah PM uolllsss.
doakan aku untuk exam calculus malam besok! ingin ditegaskan kat sini bahawasanya calculus ini gila. chapter differentiation belum dikhatamkan lagi. tadi sempat mencuri sedikit masa ketika kuliah biology untuk study calculus. maaf doktor. saya memang tak minat biology sejak azali lagi. daripada membuta dalam kelas, lebih baik saya isi dengan seusatu yang berfaedah kan? hihii alhamdulillah sempat habiskan beberapa subtopic. dua subtopic lagi sebelum khatam differentiation. go go go!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)