Monday, September 30, 2013

Amanah.

Ya Tuhan
mengapa sekarang dunia makin kejam?

Yang tak bersalah--
dimaki, dihamun, dicerca, dipijak- pijak?

Sedangkan,

Yang bersalah--
dipuja, dipuji, dibiarkan bermaharajarela?

Sungguh--
niatmu baik.
ingin berbakti kepada nusa bangsa.
namun--
jika dibiarkan hukuman
tanpa perbicaraan
masih--

adilkah ia?


Ya Tuhan
benarlah
hari kiamat itu wujud.
untuk membela--
mereka yang teraniaya
menghukum--
mereka yang rusak amanahnya.

Thursday, July 25, 2013

Takpe. Ittew okay ittew dah besar.

" Kau dapat kos apa?"

"Oh, aku dapat ###### la alhamdulillah. Kau?

" Tahniah! Hebatnya kos kau. Aku dapat sains pertanian je."

"Ohh."

Apa OHH OHH?!


Engkorang pandang rendah kat kitorang kan. takpe. nanti kitorang para petani sekalian mogok taknak jual beras kat korang baru korang tahu langit tinggi rendah. korang reti ke nak membajak sawah? tanam padi? tuai padi? tanam sayur? ubi kayu? keledek? serai? ternak ayam? tangkap ikan? ternak ikan keli? buat baja?

tak.

jadi korang makan la mesin (engineer), makan ubat ( doktor), makan lukisan (arkitek), makan kucing (veterinar), makan ubat gigi (dentist), makan pembaris (lecturer), makan pesakit (nurse) masa kitorang mogok nanti. boleh?

:)

Monday, July 1, 2013

#1

A: "Eh, awak anak yatim kan? Nah, cikgu bagi borang suruh isi."

B: "Borang apa ni?"

A: "Borang bantuan. nanti awak boleh dapat zakat lepastu bantuan sikit sempena ramadan ni. isi okay?"

*senyum*

***

C: "Kau dah hantar borang zakat tadi?"

B: "Belum. takpelah aku taknak."

C: "Eh kenapa kau taknak? Aku yang bukan anak yatim ni pun isi tau borang tu. mana tau kot- kot dapat jugak duit zakat. bolehlaa aku beraya sakan nanti. Lagipun, kau kan anak yatim. mesti la lagi layak dapat zakat dari aku ni."

B: "Takpe lah. Walaupun aku anak yatim piatu, bapak sedara aku bela aku dengan baik. Makan pakai aku semua cukup alhamdulillah. aku rasa aku tak perlu bantuan tu. ada orang lain yang lagi memerlukan dari aku."

C: *senyum pahit*


Kita Si B ke Si C?

deep.

Tuesday, June 11, 2013

Stay Young As Long As You Can

walaupun aku layan lagu daripada skrillex, daft punk, benny benassi, THEM etc etc, tapi jiwa aku tak ke arah itu.

aku tahu apa yang jiwa aku perlu.

*ayat mukaddimah tu memang kerek je nampak.*

aku duduk dekat UPM jadi student asasi setahun macam- macam weh aku tengok orang. orang yang dari seksi tup- tup tengok sekarang dah tertutup lingkup semua. orang yang nampak alim tapi tengok- tengok hmm hampeh sama je dengan orang lain macam belangkas ke sana ke sini dengan ajnabi. ajnabi hoi!

eleh eleh eleh aku pun apa kurang jahil jugak. sedap pulak mengata kat orang. hahaha

tapi aku sedar, aku ada seorang insan yang bergelar ayah. Pergh, apak iyerrr, macam drama melayu sahaja ayat ini. hmm takde la. cuma aku tahu dan sedar la yang aku sekarang ni abah aku lagi yang tengah tanggung dosa aku ni. ye dok?

aku rasa aku normal kot sebab aku tak biasa tengok orang duk bertepuk tangan perempuan--lelaki. hmm aku tak normal ke? -,- sebab aku tengok ramai je classmates yang tak kisah bertepuk tampar ni. aku nak duduk sebelah lelaki pun dah rasa berdebar semacam rasa nak tercabut jantung hoii! ni macam mana aku nak bertepuk tampar dengan lelaki ni? sapa- sapa yang pro boleh laa tolong ajar?

inGaRt iTtewW kIsaRh keRw itTew nORmaL ke tarK?

yang orang selalu buat bukannya semua betul. dan benda yang betul tak semua orang buat. *cough cough*

aku minta maaf la kalau korang tengah dating lepastu aku duduk dan terus perati korang. hmm aku minta maaf. tapi aku memang sengaja perati pun sebab aku rasa bersalah. sobss dihnya ittew nengok kawan ittew camtu. sobss.

tapi kita tak boleh paranoid sangat. tak boleh nak judge sesuka hati kita. tak boleh nak memfitnah yang bukan- bukan. sebab bila kita start fitnah macam- macam, kita pergi minta maaf balik tak dengan dia? mak aku selalu pesan jangan duk kutuk sangat orang ni sebab nanti bila masanya pulak kita nak pergi minta maaf kat diorang? macam kita kutuk artis ke, ahli politik ke, anak sedara jiran sebelah rumah ke, orang yang lalu lalang depan depan kita yang pakai macam badut tu ke,makcik jual ayam kat pasar pagi yang gelang penuh dekat lengan tu ke. bila kita pergi mintak maaf kat dorang? haa amacam? sentap dak?

dosa kita dengan diorang macam mana nak timbang ni ye? nak timbang pakai kati ke pakai kilo? ke nak bajet omputih timbang pakai pound?

*cough* mari kita *cough* kembali ke pangkal jalan. jangan bukak kedai kopi nak membincangkan tentang politik pulak dekat blog suci murni aku ni. phuhh phuh

ingat dak apa yang matluthfi kata dalam vlog dia yang terbaru ritu? ingat daaaakkk??!!! *menjerit sambil pegang banner nak pergi buat riot*

abang mat kita kata,

"Hang taw ka family dia macam mana?" [01:53]
"Alah, Rifqi tu anak orang baik kot. Boleh la dia jadi baik. Ayah hang macam mana?" [02:33]

((aku sebenarnya dah pernah tulis pasal apa yang matluthfi maksudkan dengan ayat dia tu kat SINI sebelum matluthfi buat video tu lagi hihihihii))

*okay sila baca post tu dulu baru baca yang kat bawah ni.*

jadiiiiiiii *tarik nafas* sebab tu la kita kena husnuzonnn bak kata budak budak usrah. kita tak tahu family dia macam mana. mungkin dorang tu adalah yang terbaik di antara family dia. siapa tahu?

jadi sangatlah aku berharap agar semua yang membaca dapat mengambil sedikit inti hasil daripada penulisan saya yang jahil dan serba kurang ini. aceewahh ayat dah macam ustazah fatimah syarha ohoii. janganlah kita berburuk sangka dengan orang lain dan janganlah kita merendahkan maruah diri kita. ((ini dah betul- betul ayat macam ustazah. ahh toksah layan saya lah. tak berapa betul sikit ni cuti lama sangat.))

tapi aku takut satu je. aku dah lama nak tulis benda ni tapi takde kekuatan la kot. sebab aku takut nanti benda ni berbalik kat aku pulak nanti nauzubillah. aku takut aku pom pang pom pang dalam blog ni tengok- tengok esok korang nampak aku dah macam belangkas duk berkepit dengan pakwe 24jam, duk bertepuk tampar dengan lelaki. ye nauzubillah mintak jauh la. jangan la Allah duk uji aku macamtu pulak. aku harap sebelum aku kahwin, aku takde la tiba- tiba bangun tidur pagi tu mengigau nak pergi bermanja-manja bermummy--daddy, bersayang--baby, dengan lelaki- lelaki yang masih haram bagi aku ni. ohhoii!

doakan la ye. fi hifzillah! assalamualaikum! ^^

Saturday, June 1, 2013

Have U Ever Been So Busy That U Abandoned Your Own Blog?

Hai. Assalamualaikum. dah dua bulan terabai. sorry. I've writer's block. T____T so, visit my second blog! thenimnim.blogspot.com 

jangan risau, blog kedua ni takde bebelan. cuma luahan perasaan melalui seni. :D

Friday, March 1, 2013

Long Live Tasnim!



Setahun sudah berlalu. Ku rasa kan diri ini terlalu tua. sobsss farewell EightTeen. i'm a big girl now. sedih kot. tahun depan dah berganjak masuk zaman 20-an. tahun ni last boleh pegang title remaja. tahun depan dah masuk title dewasa. besar beza nya tu. lebih banyak tanggungjawab. perlukan kesedaran yang lebih untuk meneruskan hidup. kena lebih komitmen kepada study dan jangan abaikan ibubapa. they grow older while us busy growing up.

okayyyyyy. let's play a game called -siapa-ingat-birthday-tasnim-bila-reminder-dekat-facebook-dia-off! hahaha ini game keji. for sure budak- budak asasi kat sini semua tak tahu harini bday aku. sobsss takpe. sebab baru kenal kan mesti lah ingat- ingat lupa gitteewwwzzzz. tapi riuh jugak la bila dorang tahu harini bday aku. yang penting dorang bagi hadiah walaupun dorang lupa! muahahahaa

Mari kita lihat kronologi di bawah sepanjang setahun hidup sebagai remaja 18tahun.


1 Mac 2012. Birthday paling happening! sekali seumur hidup je beb boleh sambut birthday dengan Senapang M16 ni. berdas- das peluru dilepaskan semperna birthday aku. ecececehhh


Selepas PLKN, aku diterima masuk ke UPM Serdang. Asasi yang happening gilaaa sebab boleh bersawah, menyangkul, berendam dalam sawah, membaja, mandi sungai, lawatan kilang etc etc etc.


Dan di sini saya belajar erti persahabatan

...erti kalah menang...
erti hiburan rohani....
erti penat lelah bekerja...
dan juga erti keluarga bahagia!

terima kasih! terima kasih kepada yang sudi menyumbang kepada memori saya! alhamdulillah Allah beri nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat iman dan nikmat dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah for my life. Ampunkan dosa aku, dosa kedua ibubapa ku, dosa para guru ku, dosa sahabat- sahabatku dan dosa orang- orang yang aku sayang. Panjangkanlah umurku, berkatilah hidupku dan murahkanlah rezekiku. Amin. :D




Happy NineTEEN! SMILE XD

Friday, February 15, 2013

Meteor Menghempap Rusia




Sebuah meteor bersaiz super gila besar woihhh bakhang menghempap Rusia. 
kalau rasa tak sabar nak tengok meteor tu boleh skip ke 0:13. kalau nak rasa berdebar dulu sebelum meteor muncul tengok la dari awal. hihii
ni kawah yang dihasilkan la kot. aku pun kurang pasti. sebab aku ambil dekat link ni. bahasa rusia mana aku paham T___T

video di atas menunjukkan keadaan bila mana meteor yang melintasi ruang udara rusia itu meletup di udara. kacau bilau habis penduduk bandar rusia tu. dilaporkan 400 yang cedera. tingkap habis pecah, siren kereta berbunyi dan manusia bertempiaran lari. scary okay bila tengok video ni. blok aku terbakar haritu pun aku dah macam orang hilang anak. T___T


more info and video please visit http://falakonline.net/semesta/2013/02/sebuah-meteor-yang-amat-besar-meletup-di-ruang-udara-rusia/

Thursday, February 14, 2013

Kawan, terharulah. :')






kawan: eh nim, ni nah. lupa nak bagi semalam. *sambil hulur beg plastik kat aku*

aku: eh apa ni? *tak bukak lagi beg plastik tu*

kawan: kan haritu aku cakap nak bagi.

bukan birthday aku pun hari ni. tapi kenapa dia bagi hadiah? kenapa kawan kenapa? aku pun bukaklah beg plastik tersebut. maka terjawablah semua persoalan dalam minda aku. dia bagi inner tudung. kenal inner tudung?
macam ni la rupa inner tu lebih kurang
aku taw kenapa. walaupun aku dah tutup aurat dengan elok, tapi aku taw belum sempurna cara aku menutup aurat. walaupun pakai tudung, tapi tudung tu nipis. sebab tu dia bagi aku inner ni. sebab dia taknak aku tanggung dosa lagi. mesti korang pikir, eleh inner tudung je pun. lima enam ringgit dah boleh dapat kat pasar malam. bukannya mahal sangat. tapi bagi aku benda ni sangat bermakna. nampak ada orang ambil berat. nampak ada orang kisah pasal kita. walhal benda ni remeh je pun bagi sesetengah orang. at least aku ada jugak orang kesah. kau ada?

kawan, aku terharulah. kat mana lagi nak cari kawan yang macam kau? kat mana lagi nak cari kawan yang tiap kali ada iftar kat surau mesti ajak aku walaupun kau tau aku tak pernah nak pergi. tiap kali ada usrah, kuliah kat surau mesti berkali- kali kau ajak aku. walaupun berkali- kali aku tolak dengan alasan aku penat, kau tetap tak jemu mengajak aku.

beberapa bulan lagi nak habis asasi. lepasni mungkin dah tak jumpa kau dah. terima kasih ya kawan. nanti degree agak- agak aku akan dapat kawan macam kau lagi ke tak?

Monday, February 4, 2013

Kau Pernah Pakai Kasut Diorang Ke Derr?



ini analogi. bukan fakta. ini analogi seorang insan biasa yang menilai, memerhati dan belajar dari jalanan dan orang keliling. maka, berfikirlah ketika membaca bukan menghukum membabi buta. jangan jadi riak sombong sampai terlupa yang ludah sendiri sudah bertempek kembali ke muka.


aku menulis ini bukan nak cakap aku ni malaikat bajet semua bagus dan semua orang kelilingku ini syaitan yang perangai cam haram. tapi aku cuma nak menimbulkan persoalan. persoalan untuk semua orang berfikir. berfikir sebelum bercakap dan berfikir sebelum membuka aib orang.

aku tahu korang semua ilmu agama penuh di dada. bergurukan ustaz google di internet. mudah sahaja untuk menghukum orang. tapi, pernahkan kamu semua berfikir? perasaan belia yang ditegur itu? ada kau tahu yang belia tersebut hari- hari makan hati berulam jantung? ada kau tahu background hidup anak muda tersebut? ada kau ambil kisah kenapa hidupnya tunggang langgang sekarang ini?

tak. tak ada siapa yang ambil tahu. semuanya pakar dalam menghukum tanpa menyiasat. FBI pun boleh pencen kalau macam ni.

pernahkah kau terfikir untuk menyelami perasaan dia? pernah ke kau try pakai kasut diorang derr (baca: walk a mile in my shoes) ? kalau tak pernah, jangan menghukum.
Mixing watercolor and brush pen to make a sideways glance

kau ingat dia nak sangat ke jadi sampah macam tu? cuba kau try pakai kasut dia dari kecil lagi. cuba kau jadi dia. dari kecil tak dapat didikan yang cukup. membesar dalam keadaan yang penuh daif. bergelumang dengan dosa. dalam drama je weh yang anak orang macam tu tetiba bertukar jadi ustaz.

kau tu takpe. makan pakai semua cukup. keluarga bahagia hidup mewah kasih sayang melimpah. pagi- pagi pergi sekolah balik petang bapak kau gigih hantar kau pergi fardhu ain. malam pulak ada tok guru tekun ajar kau baca quran. ilmu agama kau semua cukup. orang lain semua salah pada pandangan mata besi kau tu.

cuba kau fikir balik tentang dia. kau ingat dia nak ke diri dia jadi macamtu? kau tak tahu kenapa dia menjadi liar sekarang. kalau dia di beri pilihan mungkin dia sendiri pun taknak diri dia jadi sampah. kau tak pernah berada kat tempat dia. kau dibesarkan dengan sempurna. kalau kau dibesarkan dengan cara dia dibesarkan pun, aku yakin yang kau pun akan jadi macam dia jugak.

kalau kau sendiri dibesarkan oleh ibu bapa yang tak tahu alif ba ta, mungkin kau pun menjadi rosak macam mereka juga kalau kau sendiri tak cari inisiatif. jangan salahkan ibu bapa jer. tunding jari tu ke arah diri sendiri jugak.




belajarlah.
bukan setakat belajar abc123 sahaja.
bukan setakat belajar tentang riemann sum dan newton's law sahaja.


belajar buka mata hati.

Friday, February 1, 2013

Orang yang mudah dapat kawan, Juga mudah nak hilang kawan.


pernah tengok tak orang yang mudah sangat berkawan? pergi ke mana- mana pun mesti dia ramai kawan. dari sebaik- baik orang sampai segangster- gangster orang semua member dia. orang yang paling dibenci pun boleh jadi kawan dia elok jer siap makan satu pinggan sekali. budak- budak kaki usrah, kaki surau, kaki forum- forum agama pun elok jer boleh berkawan dengan dia. tapi orang yang paling senang dapat kawan ni lah yang paling lonely sebenarnya.






sebab sebenarnya dia forever alone. takde sape yang tahu.

stalkers terhormat ;P