Monday, February 4, 2013

Kau Pernah Pakai Kasut Diorang Ke Derr?



ini analogi. bukan fakta. ini analogi seorang insan biasa yang menilai, memerhati dan belajar dari jalanan dan orang keliling. maka, berfikirlah ketika membaca bukan menghukum membabi buta. jangan jadi riak sombong sampai terlupa yang ludah sendiri sudah bertempek kembali ke muka.


aku menulis ini bukan nak cakap aku ni malaikat bajet semua bagus dan semua orang kelilingku ini syaitan yang perangai cam haram. tapi aku cuma nak menimbulkan persoalan. persoalan untuk semua orang berfikir. berfikir sebelum bercakap dan berfikir sebelum membuka aib orang.

aku tahu korang semua ilmu agama penuh di dada. bergurukan ustaz google di internet. mudah sahaja untuk menghukum orang. tapi, pernahkan kamu semua berfikir? perasaan belia yang ditegur itu? ada kau tahu yang belia tersebut hari- hari makan hati berulam jantung? ada kau tahu background hidup anak muda tersebut? ada kau ambil kisah kenapa hidupnya tunggang langgang sekarang ini?

tak. tak ada siapa yang ambil tahu. semuanya pakar dalam menghukum tanpa menyiasat. FBI pun boleh pencen kalau macam ni.

pernahkah kau terfikir untuk menyelami perasaan dia? pernah ke kau try pakai kasut diorang derr (baca: walk a mile in my shoes) ? kalau tak pernah, jangan menghukum.
Mixing watercolor and brush pen to make a sideways glance

kau ingat dia nak sangat ke jadi sampah macam tu? cuba kau try pakai kasut dia dari kecil lagi. cuba kau jadi dia. dari kecil tak dapat didikan yang cukup. membesar dalam keadaan yang penuh daif. bergelumang dengan dosa. dalam drama je weh yang anak orang macam tu tetiba bertukar jadi ustaz.

kau tu takpe. makan pakai semua cukup. keluarga bahagia hidup mewah kasih sayang melimpah. pagi- pagi pergi sekolah balik petang bapak kau gigih hantar kau pergi fardhu ain. malam pulak ada tok guru tekun ajar kau baca quran. ilmu agama kau semua cukup. orang lain semua salah pada pandangan mata besi kau tu.

cuba kau fikir balik tentang dia. kau ingat dia nak ke diri dia jadi macamtu? kau tak tahu kenapa dia menjadi liar sekarang. kalau dia di beri pilihan mungkin dia sendiri pun taknak diri dia jadi sampah. kau tak pernah berada kat tempat dia. kau dibesarkan dengan sempurna. kalau kau dibesarkan dengan cara dia dibesarkan pun, aku yakin yang kau pun akan jadi macam dia jugak.

kalau kau sendiri dibesarkan oleh ibu bapa yang tak tahu alif ba ta, mungkin kau pun menjadi rosak macam mereka juga kalau kau sendiri tak cari inisiatif. jangan salahkan ibu bapa jer. tunding jari tu ke arah diri sendiri jugak.




belajarlah.
bukan setakat belajar abc123 sahaja.
bukan setakat belajar tentang riemann sum dan newton's law sahaja.


belajar buka mata hati.

No comments:

stalkers terhormat ;P