Sunday, September 5, 2010

Aku Maluuu!

Cerita ni berlaku kira- kira dua minggu yang lepas. Biasalah bulan- bulan puasa ni mesti ramai yang pergi shopping tuk raya kan?? Masa tu hari Jumaat. Pergi shopping kat Billion. Nak dijadikan cerita, adik aku, si Buna la kan. Adik mana lagi yang kepala otak dia tak berapa nak betul. Terlebih hyperactive. Aku pun taktau mak aku bagi dia makan apa time kecik- kecik dulu sampai sekarang masih lagi hyperactive. Budak ni memang la mencabar tahap kesabaran aku.

Dia ni macam radio buruk kalau duk dalam kete. Tak reti nak duk diam. Kalau orang ada benda nak cerita, dia mesti ada gak cerita yang lebih kurang sama untuk diceritakan. Kalau dah habis takde sangat cerita yang dia nak cerita, kau tau dia buat macam mana? Dia tarik handbreak time mak aku duk syok bawak kereta. Gila kau dik. Agak- agak la kalau nak buat stunt pun. Nasib baik mak aku bawak slow. Mau berputar kereta tu ala- ala buat drift kalau mak aku bawak laju. Hari tu memang abah aku tak bagi dia masuk rumah sampai Maghrib. Nak mengajar sikit adik aku tu. Abah aku kata. Tu pun nasib baik tak tercabut pintu dia terajang sebab takut duk sorang- sorang. Hahaha! Tau pun takut kau ye dik?

Time ni duk kat Billion. Masa orang lain duk sibuk-sibuk pilih baju, boleh pulak dia pergi tarian zapin kot aku rasa depan- depan khalayak ramai. Korang boleh bayangkan kalau bulan puasa shopping complex mesti penuh sesak dengan ramai orang kan? Aku rasa nak ikat jer dia kat tiang bagi tak boleh gerak. Itu takpe lagi.

Time mak aku suh dia try baju, dia ajak aku pergi teman dia dekat fitting room. Dengan kemalasannya aku pun pergilah teman dia. Letih doe jalan banyak- banyak. Puasalah katakan...ececece..

Aku duk kat luar fitting room. Dia masuk sorang. Naseb baek dia tak ajak aku masuk sekali sebab dia penakut sikit. Ngalahkan budak umur 4 tahun. Untuk hilangkan rasa takut dia, korang nak tau dia buat macam mana? Kalau korang cakap dia salin baju sambil pintu fitting room tu terbukak aku boleh terima lagi la sebab dia baru 8 tahun. Takdenya nyah- nyah kat situ nak tengok adik aku. Laki pulak tuh.


Aku nak cerita pun malu. Ada ke patut weh, dia pergi nyanyi lagu sekolah dia kuat- kuat dalam fitting room tuh? Kalau suara kau macam Anuar Zain tu takpe la jugak. Glamour sikit kan? PAtriotik betul adik aku. Dia buat medley lagu- lagu kebangsaan. Tv1 punya pengaruh la ni. Habis semua orang yang ada kat situ jeling- jeling kat aku. APa korang ingat aku ke yang nyanyi hah?Dah aku taktau nak sorok kat mana muka aku, aku pun pura- pura belek lah baju yang ada kat situ. Baju lelaki pun aku tak kisah lah. Asal orang lain tak gelakkan aku. Gila punya ramai orang time tuh. Malu aku tau tak? Dalam hati siap kau dik. Balik rumah kang aku kerjakan kau!Tak patut tau tak kau dik buat aku macam tu? Apa kau ingat muka aku ni tebal sangat ke sampaikan bolah tanggung malu yang kau buat tuh? Tak cukup lagi ke tarian zapin yang kau buat time duk pilih baju tuh? Kalau shuffle boleh tahan gak..

***

Sebenarnya aku join kila punya contest. Baru first time usha blog dia. Duk tengah boring- boring ni kan aku join lah. Saje- saje jer.

Dengan ini aku tag:
chip sbb dia baru buat blog
muni sbb dia letak link aku kat blog dia
budak ini sbb dia slalu tag aku tapi aku tak amik lagi award tuh.. sorry yea!(dia panggil akau kakak tapi aku rasa aku ngan dia sama tua..apakah?)

SEKIAN TERIMA KASIH!

9 comments:

kata kila said...

Wahhh same je kite ade adik perangai tak senonoh!ahahaha

kila amik link ye!

the nimnim said...

okeh!

Kech Hidayah said...

hahahaha...tengok la akak dia camne rupe..adik tu mesti ikut perangai akak dia tenim tu kan?kan?hahaha..malu dowh ada adik camtu tapi meriah jugakk..kalo duk ingat2 ape dia buat mesti ketawa je kan?hahaha...moga tenim menang kontes neh!! good luck!!terbaikkk la!

the nimnim said...

thnx la kech..fes time kech sokong!!hahaha..slama ni asyik duk nguktuk jer keje kan???haha

Anonymous said...

terima kasih kakak !
kakak umor berapa ?
hehehehe ;p

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

hahah best2. arghh kalah mcm ni hehe

hamzah ian said...

oyeah..

black_mel said...

gudluck...

dya adriza said...

Hahahaha adik awak sangat patriotik. boleh jadi perwira bangsa 1 hari nanti..

stalkers terhormat ;P