Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


Mesti korang jeleskan tengok aku post gambar korea kan?? Dah la pakai baju melayu.Credit to Kak Ana  for this picture.hahahaha..Aku dah tag wafa' untuk gambar ni sebab ada jaejong..hahaha

Errr..Aku tak minat korea ok? Drama First aku tengokk Full House. Tapi tak habis. Tak minat beb. Semua cerita korea aku tengok tak habis. Lepas tu artis korea yang aku kenal Rain aje. Sebab dia buat iklan 'Nama saya Rain' tuh..hahahaha

Apa yang aku mencarut tadi??arghh..Bukankah post ni nak cakap pasal raya?Apesal pulak aku pergi cakap pasal korean??arghhh

Selamat Hari Raya kepada semua kawan- kawan aku dekat SK Telaga Ara,SK Langgar dan  SMKA Naim Lilbanat.Maaf Zahir dan batin.

Malas aku buat ucapan panjang- panjang, korang paham- paham sendiri lahh. Macamlah korang tak biasa dapat ucapan hari raya..Apa pasal bulan tak beranak semalam hah??arghhh..tension aku..

Terima kasihlah makcik tukang jahit sebab tak siapkan baju raya saya. Saya betul- betul terhutang budi dengan makcik. Harap tahun depan makcik tak payahlah siapkan baju saya pulak ye?sayang makcik!
Pagi besok saya pakai jeans bolehkan makcik?

Eh2, nak tau kenapa ada orang ajaran sesat tu raya hari ni?
Sebab semalam memang dah nampak anak bulan tapi umur dia baru 43 minit 44 saat.Umur yg terlalu muda masih tidak layak menjadi 1 hari. Jadi Raya mesti akan berlaku pada Hari Jumaat = 10 Sept 2010. Kalau nak raya kena tunggu umur anak bulan umur satu hari dulu baru boleh dikira bulan baru. Ada paham? Aku dapat sumber daripada Guru Penasihat Falak Syarie Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Mohd Nor Husain. Dorang tak kasitau kepada media sebab kalau benda ni heboh tak pasal-pasal orang yang tak paham pasal ijtimak bulan menyalahkan ahli astronomi sebab tak kasik raya hari Khamis..hahahaha


Abang polis dan abang Kastam sekalian, bolehkah saya nak report pasal jiran yang disebelah rumah saya ni main mercun tak habis- habis? Saya jeles tau! hahaha..Aku taktau jiran aku amik mercun kat mana, hari- hari dorang main. Start seminggu sebelum raya sampailah ke hari ini. Tension aku tengok dorang main. Kalau bunyi slow takpe, ni turik telinga aku.Aduhh~


Owh, semalam aku pergi terawih dekat Masjid Muttaqin. Aku sampai lepas orang azan Isyak. Tapi yang aku pelik kenapa lambat sangat nak tunggu pak imam datang? Takkan dah balik kampung kot? Tunggu punya tunggu, aku nampak ada sekumpulan manusia memakai baju melayu lengkap dengan samping sekali masuk bersama- sama tuk imam. Aku duduk tingkat atas dan saf paling depan ok? Sebab tu aku nampak semua yang berlaku. Aku pun bisik kat adik aku.'DIK, TAKKAN ADA ORANG KAWIN KOT MALAM NI?'Adik aku pun bisik kat aku balik.'CUBA PERHATI BETUL-BETUL,SIAPA LELAKI YANG KAT SAF PALING DEPAN ATAS SEJADAH KALER PUTIH TUH' Aku pun perhatilakan..Mak aii sejadah dia siap taruk bantal lagi tempat sujud tuh. Nak tau sapa yang datang malam tuh??


Kenal tak sapa ni?Yup, Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Mahkota Kelantan. Dan orang- orang yang lengkap bersamping tu mestilah bodyguard dia kan?Takkan bodyguard aku pulakkan??hahaha
Time nak balik tu aku jumpa ngan Aisyah kelas 4UL tuh..Eh, aku baru tau hari ni yang penaung sekolah naim punya alumni ialah YAM Tengku 'Amalin A-Isyah Putri.Aku memang ketinggalan..hahaha 
Eh, sejak bila kau jadik alumni tasnim??


ps:Open house rumah aku raya kedua. Mak aku duk tengah masak kat dapur, tapi aku lari..haha

No comments:

stalkers terhormat ;P