Sunday, January 6, 2013

Experiment: Mari Bazirkan Maggi Dua Paket dan Telur Empat Biji

perghh tajuk tak boleh panjang lagi kan. boleh nak panjang. macam ni sebenarnya,

mari bazirkan maggi dua paket dan telur empat biji bersama minyak sekerat botol dan tisu satu kotak.

aku nak bagi resepi ni. resepi murtabak maggi goreng. hmm hmm nak x?

resepi:

bahan- bahan:

-sepaket maggi ikut suka hati perisa apa. aku guna perisa ayam sebab maggi tu je yang ada kat rumah
-lauk- pauk. udang, ayam, sosej, daging dan sebagainya yang dipotong kecik- kecik. kalau boleh udang tu terus buang kulit lagi bagus.
-telur dua biji atau seberapa yang cukup lah. tadi aku guna dua biji untuk dua paket maggi. kalau sepaket sebiji dah cukup kot. tengok saiz telur jugak lah kan. kalau aku guna saiz A korang guna saiz C memang tak menjadi lah kan.
-sos cili. kenapa kena ada sos cili? sebab aku guna maggi ayam kan. maggi ayam kan tak rasa apa jadi tambah la sos cili sikit untuk menyedapkan ramuan. arghh sukatilah.

cara- cara: (cehh, aku rasa macam dah pro. -,-)

-masak maggi macam biasa lepastu tos kan. arghh buruk ahh bunyi tos. tos tos tos tuihhh..
-pecahkan telur dalam mangkuk lepastu amik lauk pauk tadi tu gaul sekali dengan maggi
-tuang sedikit sos cili ke dalam mangkuk tadi.
-panaskan kuali dan tuang sedikit minyak. minyak tu bajet- bajet la berapa banyak. jangan buat macam nak goreng ayam pulak. takkanlah nak letak minyak pun kena ajar? hah kan dah kena bebel.
-masukkan maggi yang telah digaul dengan telur dan lauk tadi ke dalam kuali.
-lepastu angkat dan toskan minyak.
-makan.


omg dapnya dapnya dapnyaaaaaa!!!! kalau korang goreng tak hangit macam ni la rupa dia. aku goreng sikit- sikit buat kecik- kecik sebab aku tak reti nak terbalikkan dia masa dalam kuali. kalau kecik- kecik camni senangla. telur dadar pun aku tak reti nak terbalikkan. -,- kesian bakal suami aku. takpelah. nanti aku cari suami yang tak suka makan telur. takdelah susah- susah aku nanti. haha

jadi persoalannya, sedap ke tak murtabak aku ni? hahaha oii tengok gambar ah. kalau gambar tu dah suci, rasa dia pun mesti suci jugak okay?









okay sebenarnya rasa dia tak sedap pun. kbai. ni resepi main- main je ni. padan muka korang. aku psycho sikit semenjak sem break bermula ni.

2 comments:

Padin said...

emm murtabak megi ni sedaplah.. kalau ikutkan rationya 1:1, kalau telur lebih nanti mmg rase makan telur je la..

tambah dgn kicap megi seasoning tu, perghhhhhh....

cRazy s0uL said...

haha tahu. mmg sedap pun. tp sbb guna maggi ayam rasanya lain sikit. -,- tp habis jgk adik- adik mkn. huhu

stalkers terhormat ;P