Monday, September 30, 2013

Amanah.

Ya Tuhan
mengapa sekarang dunia makin kejam?

Yang tak bersalah--
dimaki, dihamun, dicerca, dipijak- pijak?

Sedangkan,

Yang bersalah--
dipuja, dipuji, dibiarkan bermaharajarela?

Sungguh--
niatmu baik.
ingin berbakti kepada nusa bangsa.
namun--
jika dibiarkan hukuman
tanpa perbicaraan
masih--

adilkah ia?


Ya Tuhan
benarlah
hari kiamat itu wujud.
untuk membela--
mereka yang teraniaya
menghukum--
mereka yang rusak amanahnya.

Thursday, July 25, 2013

Takpe. Ittew okay ittew dah besar.

" Kau dapat kos apa?"

"Oh, aku dapat ###### la alhamdulillah. Kau?

" Tahniah! Hebatnya kos kau. Aku dapat sains pertanian je."

"Ohh."

Apa OHH OHH?!


Engkorang pandang rendah kat kitorang kan. takpe. nanti kitorang para petani sekalian mogok taknak jual beras kat korang baru korang tahu langit tinggi rendah. korang reti ke nak membajak sawah? tanam padi? tuai padi? tanam sayur? ubi kayu? keledek? serai? ternak ayam? tangkap ikan? ternak ikan keli? buat baja?

tak.

jadi korang makan la mesin (engineer), makan ubat ( doktor), makan lukisan (arkitek), makan kucing (veterinar), makan ubat gigi (dentist), makan pembaris (lecturer), makan pesakit (nurse) masa kitorang mogok nanti. boleh?

:)

Monday, July 1, 2013

#1

A: "Eh, awak anak yatim kan? Nah, cikgu bagi borang suruh isi."

B: "Borang apa ni?"

A: "Borang bantuan. nanti awak boleh dapat zakat lepastu bantuan sikit sempena ramadan ni. isi okay?"

*senyum*

***

C: "Kau dah hantar borang zakat tadi?"

B: "Belum. takpelah aku taknak."

C: "Eh kenapa kau taknak? Aku yang bukan anak yatim ni pun isi tau borang tu. mana tau kot- kot dapat jugak duit zakat. bolehlaa aku beraya sakan nanti. Lagipun, kau kan anak yatim. mesti la lagi layak dapat zakat dari aku ni."

B: "Takpe lah. Walaupun aku anak yatim piatu, bapak sedara aku bela aku dengan baik. Makan pakai aku semua cukup alhamdulillah. aku rasa aku tak perlu bantuan tu. ada orang lain yang lagi memerlukan dari aku."

C: *senyum pahit*


Kita Si B ke Si C?

deep.

Tuesday, June 11, 2013

Stay Young As Long As You Can

walaupun aku layan lagu daripada skrillex, daft punk, benny benassi, THEM etc etc, tapi jiwa aku tak ke arah itu.

aku tahu apa yang jiwa aku perlu.

*ayat mukaddimah tu memang kerek je nampak.*

aku duduk dekat UPM jadi student asasi setahun macam- macam weh aku tengok orang. orang yang dari seksi tup- tup tengok sekarang dah tertutup lingkup semua. orang yang nampak alim tapi tengok- tengok hmm hampeh sama je dengan orang lain macam belangkas ke sana ke sini dengan ajnabi. ajnabi hoi!

eleh eleh eleh aku pun apa kurang jahil jugak. sedap pulak mengata kat orang. hahaha

tapi aku sedar, aku ada seorang insan yang bergelar ayah. Pergh, apak iyerrr, macam drama melayu sahaja ayat ini. hmm takde la. cuma aku tahu dan sedar la yang aku sekarang ni abah aku lagi yang tengah tanggung dosa aku ni. ye dok?

aku rasa aku normal kot sebab aku tak biasa tengok orang duk bertepuk tangan perempuan--lelaki. hmm aku tak normal ke? -,- sebab aku tengok ramai je classmates yang tak kisah bertepuk tampar ni. aku nak duduk sebelah lelaki pun dah rasa berdebar semacam rasa nak tercabut jantung hoii! ni macam mana aku nak bertepuk tampar dengan lelaki ni? sapa- sapa yang pro boleh laa tolong ajar?

inGaRt iTtewW kIsaRh keRw itTew nORmaL ke tarK?

yang orang selalu buat bukannya semua betul. dan benda yang betul tak semua orang buat. *cough cough*

aku minta maaf la kalau korang tengah dating lepastu aku duduk dan terus perati korang. hmm aku minta maaf. tapi aku memang sengaja perati pun sebab aku rasa bersalah. sobss dihnya ittew nengok kawan ittew camtu. sobss.

tapi kita tak boleh paranoid sangat. tak boleh nak judge sesuka hati kita. tak boleh nak memfitnah yang bukan- bukan. sebab bila kita start fitnah macam- macam, kita pergi minta maaf balik tak dengan dia? mak aku selalu pesan jangan duk kutuk sangat orang ni sebab nanti bila masanya pulak kita nak pergi minta maaf kat diorang? macam kita kutuk artis ke, ahli politik ke, anak sedara jiran sebelah rumah ke, orang yang lalu lalang depan depan kita yang pakai macam badut tu ke,makcik jual ayam kat pasar pagi yang gelang penuh dekat lengan tu ke. bila kita pergi mintak maaf kat dorang? haa amacam? sentap dak?

dosa kita dengan diorang macam mana nak timbang ni ye? nak timbang pakai kati ke pakai kilo? ke nak bajet omputih timbang pakai pound?

*cough* mari kita *cough* kembali ke pangkal jalan. jangan bukak kedai kopi nak membincangkan tentang politik pulak dekat blog suci murni aku ni. phuhh phuh

ingat dak apa yang matluthfi kata dalam vlog dia yang terbaru ritu? ingat daaaakkk??!!! *menjerit sambil pegang banner nak pergi buat riot*

abang mat kita kata,

"Hang taw ka family dia macam mana?" [01:53]
"Alah, Rifqi tu anak orang baik kot. Boleh la dia jadi baik. Ayah hang macam mana?" [02:33]

((aku sebenarnya dah pernah tulis pasal apa yang matluthfi maksudkan dengan ayat dia tu kat SINI sebelum matluthfi buat video tu lagi hihihihii))

*okay sila baca post tu dulu baru baca yang kat bawah ni.*

jadiiiiiiii *tarik nafas* sebab tu la kita kena husnuzonnn bak kata budak budak usrah. kita tak tahu family dia macam mana. mungkin dorang tu adalah yang terbaik di antara family dia. siapa tahu?

jadi sangatlah aku berharap agar semua yang membaca dapat mengambil sedikit inti hasil daripada penulisan saya yang jahil dan serba kurang ini. aceewahh ayat dah macam ustazah fatimah syarha ohoii. janganlah kita berburuk sangka dengan orang lain dan janganlah kita merendahkan maruah diri kita. ((ini dah betul- betul ayat macam ustazah. ahh toksah layan saya lah. tak berapa betul sikit ni cuti lama sangat.))

tapi aku takut satu je. aku dah lama nak tulis benda ni tapi takde kekuatan la kot. sebab aku takut nanti benda ni berbalik kat aku pulak nanti nauzubillah. aku takut aku pom pang pom pang dalam blog ni tengok- tengok esok korang nampak aku dah macam belangkas duk berkepit dengan pakwe 24jam, duk bertepuk tampar dengan lelaki. ye nauzubillah mintak jauh la. jangan la Allah duk uji aku macamtu pulak. aku harap sebelum aku kahwin, aku takde la tiba- tiba bangun tidur pagi tu mengigau nak pergi bermanja-manja bermummy--daddy, bersayang--baby, dengan lelaki- lelaki yang masih haram bagi aku ni. ohhoii!

doakan la ye. fi hifzillah! assalamualaikum! ^^

Saturday, June 1, 2013

Have U Ever Been So Busy That U Abandoned Your Own Blog?

Hai. Assalamualaikum. dah dua bulan terabai. sorry. I've writer's block. T____T so, visit my second blog! thenimnim.blogspot.com 

jangan risau, blog kedua ni takde bebelan. cuma luahan perasaan melalui seni. :D

Friday, March 1, 2013

Long Live Tasnim!



Setahun sudah berlalu. Ku rasa kan diri ini terlalu tua. sobsss farewell EightTeen. i'm a big girl now. sedih kot. tahun depan dah berganjak masuk zaman 20-an. tahun ni last boleh pegang title remaja. tahun depan dah masuk title dewasa. besar beza nya tu. lebih banyak tanggungjawab. perlukan kesedaran yang lebih untuk meneruskan hidup. kena lebih komitmen kepada study dan jangan abaikan ibubapa. they grow older while us busy growing up.

okayyyyyy. let's play a game called -siapa-ingat-birthday-tasnim-bila-reminder-dekat-facebook-dia-off! hahaha ini game keji. for sure budak- budak asasi kat sini semua tak tahu harini bday aku. sobsss takpe. sebab baru kenal kan mesti lah ingat- ingat lupa gitteewwwzzzz. tapi riuh jugak la bila dorang tahu harini bday aku. yang penting dorang bagi hadiah walaupun dorang lupa! muahahahaa

Mari kita lihat kronologi di bawah sepanjang setahun hidup sebagai remaja 18tahun.


1 Mac 2012. Birthday paling happening! sekali seumur hidup je beb boleh sambut birthday dengan Senapang M16 ni. berdas- das peluru dilepaskan semperna birthday aku. ecececehhh


Selepas PLKN, aku diterima masuk ke UPM Serdang. Asasi yang happening gilaaa sebab boleh bersawah, menyangkul, berendam dalam sawah, membaja, mandi sungai, lawatan kilang etc etc etc.


Dan di sini saya belajar erti persahabatan

...erti kalah menang...
erti hiburan rohani....
erti penat lelah bekerja...
dan juga erti keluarga bahagia!

terima kasih! terima kasih kepada yang sudi menyumbang kepada memori saya! alhamdulillah Allah beri nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat iman dan nikmat dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah for my life. Ampunkan dosa aku, dosa kedua ibubapa ku, dosa para guru ku, dosa sahabat- sahabatku dan dosa orang- orang yang aku sayang. Panjangkanlah umurku, berkatilah hidupku dan murahkanlah rezekiku. Amin. :D




Happy NineTEEN! SMILE XD

Friday, February 15, 2013

Meteor Menghempap Rusia




Sebuah meteor bersaiz super gila besar woihhh bakhang menghempap Rusia. 
kalau rasa tak sabar nak tengok meteor tu boleh skip ke 0:13. kalau nak rasa berdebar dulu sebelum meteor muncul tengok la dari awal. hihii
ni kawah yang dihasilkan la kot. aku pun kurang pasti. sebab aku ambil dekat link ni. bahasa rusia mana aku paham T___T

video di atas menunjukkan keadaan bila mana meteor yang melintasi ruang udara rusia itu meletup di udara. kacau bilau habis penduduk bandar rusia tu. dilaporkan 400 yang cedera. tingkap habis pecah, siren kereta berbunyi dan manusia bertempiaran lari. scary okay bila tengok video ni. blok aku terbakar haritu pun aku dah macam orang hilang anak. T___T


more info and video please visit http://falakonline.net/semesta/2013/02/sebuah-meteor-yang-amat-besar-meletup-di-ruang-udara-rusia/

Thursday, February 14, 2013

Kawan, terharulah. :')






kawan: eh nim, ni nah. lupa nak bagi semalam. *sambil hulur beg plastik kat aku*

aku: eh apa ni? *tak bukak lagi beg plastik tu*

kawan: kan haritu aku cakap nak bagi.

bukan birthday aku pun hari ni. tapi kenapa dia bagi hadiah? kenapa kawan kenapa? aku pun bukaklah beg plastik tersebut. maka terjawablah semua persoalan dalam minda aku. dia bagi inner tudung. kenal inner tudung?
macam ni la rupa inner tu lebih kurang
aku taw kenapa. walaupun aku dah tutup aurat dengan elok, tapi aku taw belum sempurna cara aku menutup aurat. walaupun pakai tudung, tapi tudung tu nipis. sebab tu dia bagi aku inner ni. sebab dia taknak aku tanggung dosa lagi. mesti korang pikir, eleh inner tudung je pun. lima enam ringgit dah boleh dapat kat pasar malam. bukannya mahal sangat. tapi bagi aku benda ni sangat bermakna. nampak ada orang ambil berat. nampak ada orang kisah pasal kita. walhal benda ni remeh je pun bagi sesetengah orang. at least aku ada jugak orang kesah. kau ada?

kawan, aku terharulah. kat mana lagi nak cari kawan yang macam kau? kat mana lagi nak cari kawan yang tiap kali ada iftar kat surau mesti ajak aku walaupun kau tau aku tak pernah nak pergi. tiap kali ada usrah, kuliah kat surau mesti berkali- kali kau ajak aku. walaupun berkali- kali aku tolak dengan alasan aku penat, kau tetap tak jemu mengajak aku.

beberapa bulan lagi nak habis asasi. lepasni mungkin dah tak jumpa kau dah. terima kasih ya kawan. nanti degree agak- agak aku akan dapat kawan macam kau lagi ke tak?

Monday, February 4, 2013

Kau Pernah Pakai Kasut Diorang Ke Derr?



ini analogi. bukan fakta. ini analogi seorang insan biasa yang menilai, memerhati dan belajar dari jalanan dan orang keliling. maka, berfikirlah ketika membaca bukan menghukum membabi buta. jangan jadi riak sombong sampai terlupa yang ludah sendiri sudah bertempek kembali ke muka.


aku menulis ini bukan nak cakap aku ni malaikat bajet semua bagus dan semua orang kelilingku ini syaitan yang perangai cam haram. tapi aku cuma nak menimbulkan persoalan. persoalan untuk semua orang berfikir. berfikir sebelum bercakap dan berfikir sebelum membuka aib orang.

aku tahu korang semua ilmu agama penuh di dada. bergurukan ustaz google di internet. mudah sahaja untuk menghukum orang. tapi, pernahkan kamu semua berfikir? perasaan belia yang ditegur itu? ada kau tahu yang belia tersebut hari- hari makan hati berulam jantung? ada kau tahu background hidup anak muda tersebut? ada kau ambil kisah kenapa hidupnya tunggang langgang sekarang ini?

tak. tak ada siapa yang ambil tahu. semuanya pakar dalam menghukum tanpa menyiasat. FBI pun boleh pencen kalau macam ni.

pernahkah kau terfikir untuk menyelami perasaan dia? pernah ke kau try pakai kasut diorang derr (baca: walk a mile in my shoes) ? kalau tak pernah, jangan menghukum.
Mixing watercolor and brush pen to make a sideways glance

kau ingat dia nak sangat ke jadi sampah macam tu? cuba kau try pakai kasut dia dari kecil lagi. cuba kau jadi dia. dari kecil tak dapat didikan yang cukup. membesar dalam keadaan yang penuh daif. bergelumang dengan dosa. dalam drama je weh yang anak orang macam tu tetiba bertukar jadi ustaz.

kau tu takpe. makan pakai semua cukup. keluarga bahagia hidup mewah kasih sayang melimpah. pagi- pagi pergi sekolah balik petang bapak kau gigih hantar kau pergi fardhu ain. malam pulak ada tok guru tekun ajar kau baca quran. ilmu agama kau semua cukup. orang lain semua salah pada pandangan mata besi kau tu.

cuba kau fikir balik tentang dia. kau ingat dia nak ke diri dia jadi macamtu? kau tak tahu kenapa dia menjadi liar sekarang. kalau dia di beri pilihan mungkin dia sendiri pun taknak diri dia jadi sampah. kau tak pernah berada kat tempat dia. kau dibesarkan dengan sempurna. kalau kau dibesarkan dengan cara dia dibesarkan pun, aku yakin yang kau pun akan jadi macam dia jugak.

kalau kau sendiri dibesarkan oleh ibu bapa yang tak tahu alif ba ta, mungkin kau pun menjadi rosak macam mereka juga kalau kau sendiri tak cari inisiatif. jangan salahkan ibu bapa jer. tunding jari tu ke arah diri sendiri jugak.




belajarlah.
bukan setakat belajar abc123 sahaja.
bukan setakat belajar tentang riemann sum dan newton's law sahaja.


belajar buka mata hati.

Friday, February 1, 2013

Orang yang mudah dapat kawan, Juga mudah nak hilang kawan.


pernah tengok tak orang yang mudah sangat berkawan? pergi ke mana- mana pun mesti dia ramai kawan. dari sebaik- baik orang sampai segangster- gangster orang semua member dia. orang yang paling dibenci pun boleh jadi kawan dia elok jer siap makan satu pinggan sekali. budak- budak kaki usrah, kaki surau, kaki forum- forum agama pun elok jer boleh berkawan dengan dia. tapi orang yang paling senang dapat kawan ni lah yang paling lonely sebenarnya.






sebab sebenarnya dia forever alone. takde sape yang tahu.

Monday, January 28, 2013

Zzzz Zzzz Zzzz on hiatus

perasan tak banyak gambar dah hilang kat dalam blog n? header pun takdak woihhh. blog pun dah lama tak update. nak tunggu orang hantar surat layang tulis, "dear awak, sila update blog. - your secret admire-" lepastu baru nak update blog banyak- banyak! hahaha pasal gambar hilang tu aku sendiri tak tahu kenapa. part header tu paling frust sebab woihh susah kot nak buat!!!! dah, merajuk dengan blog. bye.

Sunday, January 13, 2013

Abang Aku Seorang Pak Guard

pada suatu petang yang indah, ketika orang- orang dewasa sedang bermesyuarat PIBG katanya (kelas gitteww uolls PIBG lulzz), tiba- tiba terjadilah satu dialog diantara abangku dan seorang pakcik yang tidak ku kenali. mungkin bau bau bacang je dengan aku. mungkin. :

pakcik: nak sambung belajar apa lepasni?

abang: jadi guard je pakcik.

pakcik: pakcik x tahu pulak sekarang ni nak jadi guard pun kena sambung belajar. zaman pakcik dulu lepas sekolah darjah 6 pun dah boleh jadi guard. hebat ye guard security sekarang ni.

abang: hebat pakcik. zaman pun dah berubah. semua benda nak ijazah pakcik.

pakcik: ooo..

abang pun alahaii oii haa!!tetiba aku rasa nak hantuk kepala biar sampai tertonggeng bawah meja niiii! ada ke patut dia cakap nak jadi guard. pakcik tu pun mati- mati percaya aduii ni pun. NETWORK SECURITY nuu haaa. bukan guard yang jaga pagar sekolah tu. -,-

tapi logik jugak sebenarnya kalau cakap macamtu sebab kalau cakap network security nanti panjang berjela pulak kena explain amenda yang network amenda yang belajar security sampai ke menara gading tu. sama kes macam aku punya asasi pertanian ni la. masa mula- mula orang tanya dengan sopan ayu lembut lagi menawan aku jawab asasi sains pertanian. bila orang dah mula tanya macam- macam apa tu pertanian apa tu agriculture walaupun benda dua tu semua sama je cuma aku saja nak tulis dua kali sebab nak suruh nampak entry ni panjang. aduiii cuba baca sekali lagi ayat tu konfem semput punyalah. aku dah jadi malas nak jawab panjang berjela asasi sains pertanian. dah membazir energy 100kcal semata- mata nak explain benda tu. jadi last last bila orang tanya tengah buat apa sekarang aku jawab je tengah asasi. dah xde dah sains pertanian kat belakang tu. kadang- kadang kalau aku bajet macam omputih sikit aku jawablah tengah buat foundation gittew. sebut betul- betul pronounce biar elok foundation tu kang tersalah sebut depan pakcik tu pulak tak jadi pakcik tu nak buat jadi menantu. lewlz biasalah budak muet band 6 kan jadi kena tunjuk contoh yang baik kepada para calon yang tak amik muet lagi. -,-

apa yang aku mengarut sampai satu perenggan panjang berjela ni??!! arghhh bersabar lah korang. sebab post mengarut macamni takkan ada banyak pun kejap lagi sebab aku dah start sem 3 hoiii!!

Sunday, January 6, 2013

Experiment: Mari Bazirkan Maggi Dua Paket dan Telur Empat Biji

perghh tajuk tak boleh panjang lagi kan. boleh nak panjang. macam ni sebenarnya,

mari bazirkan maggi dua paket dan telur empat biji bersama minyak sekerat botol dan tisu satu kotak.

aku nak bagi resepi ni. resepi murtabak maggi goreng. hmm hmm nak x?

resepi:

bahan- bahan:

-sepaket maggi ikut suka hati perisa apa. aku guna perisa ayam sebab maggi tu je yang ada kat rumah
-lauk- pauk. udang, ayam, sosej, daging dan sebagainya yang dipotong kecik- kecik. kalau boleh udang tu terus buang kulit lagi bagus.
-telur dua biji atau seberapa yang cukup lah. tadi aku guna dua biji untuk dua paket maggi. kalau sepaket sebiji dah cukup kot. tengok saiz telur jugak lah kan. kalau aku guna saiz A korang guna saiz C memang tak menjadi lah kan.
-sos cili. kenapa kena ada sos cili? sebab aku guna maggi ayam kan. maggi ayam kan tak rasa apa jadi tambah la sos cili sikit untuk menyedapkan ramuan. arghh sukatilah.

cara- cara: (cehh, aku rasa macam dah pro. -,-)

-masak maggi macam biasa lepastu tos kan. arghh buruk ahh bunyi tos. tos tos tos tuihhh..
-pecahkan telur dalam mangkuk lepastu amik lauk pauk tadi tu gaul sekali dengan maggi
-tuang sedikit sos cili ke dalam mangkuk tadi.
-panaskan kuali dan tuang sedikit minyak. minyak tu bajet- bajet la berapa banyak. jangan buat macam nak goreng ayam pulak. takkanlah nak letak minyak pun kena ajar? hah kan dah kena bebel.
-masukkan maggi yang telah digaul dengan telur dan lauk tadi ke dalam kuali.
-lepastu angkat dan toskan minyak.
-makan.


omg dapnya dapnya dapnyaaaaaa!!!! kalau korang goreng tak hangit macam ni la rupa dia. aku goreng sikit- sikit buat kecik- kecik sebab aku tak reti nak terbalikkan dia masa dalam kuali. kalau kecik- kecik camni senangla. telur dadar pun aku tak reti nak terbalikkan. -,- kesian bakal suami aku. takpelah. nanti aku cari suami yang tak suka makan telur. takdelah susah- susah aku nanti. haha

jadi persoalannya, sedap ke tak murtabak aku ni? hahaha oii tengok gambar ah. kalau gambar tu dah suci, rasa dia pun mesti suci jugak okay?









okay sebenarnya rasa dia tak sedap pun. kbai. ni resepi main- main je ni. padan muka korang. aku psycho sikit semenjak sem break bermula ni.

Monday, December 31, 2012

Eh Awak Hantu Ke Manusia


Semalam, aku baru balik daripada study fizik dekat bilik member aku dekat blok lain. lepastu time otw nak naik bilik aku ni, aku terserempaklah dengan sorang akak senior yang baru keluar dari toilet. aku rasa dia senior kot sebab dia pakai baju kolej yang lama punya. haha masa tu pukul 1 pagi lebih kurang. bayangkan benda ni berlaku dalam keadaan gelap. hanya ada sedikit cahaya lampu daripada toilet yang menerangi kitorang. akak tu kan baru keluar daripada toilet pukul 1 pagi lepastu tetiba terserempak dengan aku. dengan muka terkejut, dia pun tegur,

akak senior: eh awak hantu ke manusia?

aku: saya manusia la. kenapa kak? haha

akak senior: tinggi sangat!

lepastu akak tu cepat- cepat masuk bilik dia. -,- comelnya akak.... saya hantu ke akak yang hantu sebenarnya? T__T

Saturday, December 29, 2012

Have you said Alhamdulillah today?

post kakak aku dekat facebook.


Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Tapi, pagi keluarga aku, tahun 2012 mencacatkan sebuah memori yang pahit.

kalau ikut kalendar yang ada dalam mana- mana kalendar ataupun mana- mana smartphone yang hidup, hari ni bertarikh 29 Disember 2012.

Tau apa yang terjadi? Pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh Puan Umi yang menyatakan Ayah Teh telah kembali kerahmatullah pada pukul 4.15 pagi tadi.

Bagi sesiapa yang follow twitter aku, korang mesti tahu yang kebelakangan ini aku kerap bermimpi gigi aku patah. ada yang tiba- tiba dia patah, ada yang patah siap tersembur darah lagi macam kena bunuh. scary kan?

kalau mengikut apa yang aku google, mimpi tersebut bermakna aku akan kehilangan saudara terdekat. dan it's true. aku kehilangan pak sedara aku.

selepas tu, aku mimpi aku meludah. mimpi meludah bermaksud akan ditimpa kesusahan. semua mimpi tersebut benar- benar terjadi dalam hidup aku. mungkin Allah sayangkan aku. dia bagitau apa yang bakal terjadi dalam hidup aku melalui mimpi- mimpi aku. mungkin Allah sedang bagi peringatan kepada aku yang sentiasa membuat dosa sepanjang masa. Ya Allah, alhamdulillah.

adapun sebelum ini aku hanya percaya bahawasanya mimpi itu hanyalah mainan tidur, tapi hari ini, mimpi itu betul- betul terjadi dan memberi kesan kepada diri ku. semoga aku dapat menjadi lebih baik dengan adanya petunjuk- petunjuk dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ini.

semoga roh Ayah Teh dicucuri rahmat dan semoga jasadnya selamat di alam kubur sana. alhamdulillah pada pandangan aku, beliau telah meninggalkan anak- anaknya dengan ilmu agama yang mencukupi. Insyaallah benda tersebut boleh dijadikan sebagai bekal. Pada masa hayatnya, aku boleh katakan dia sukakan kanak- kanak. Adik aku, Buna, sering diajak untuk jogging bersama tiap- tiap petang saat beliau pulang ke kampung. bukan sahaja mereka berjogging, tapi adik aku tu dimewahkan lagi dengan mainan- mainan dan makanan dari kedai runcit terdekat sepanjang mereka berjogging.


Tuesday, December 25, 2012

Bila Lembu Di-Mix


Assalamualaikum. cuti kan? cuti krismas kan? ahh x kisah ah cuti apa pun. UPM ni memang cacat. raya puasa kitorang exam, raya haji exam, deepavali exam, krismas exam, new year pun saya exam. yeayy mee yeayy!!

otak aku dah tepu weh. tepu dengan bio! dah la sekarang musim hujan. dugaan syaitonirrojim betul lah. dah tadi aku pergilah jalan- jalan kat bilik member aku, ingatkan nak suruh dia explain sikit pasal bio ni. tapi harammmmmmm..kalau dah jumpa kawan tu memang borak tak berhenti lah. haha

"weh, apa beza daging merah dengan daging putih?" 

tetibe keluar topik ni sebab kitorang exam agriculture hari jumaat ni.

"oh, daging merah ni untuk haiwan yang banyak bergerak, macam lembu,kijang,kambing. kalau daging putih ni untuk haiwan yang macam katak macam tu lah. dia x banyak gerak, dia keluarkan energy sekali sekala je time nak melompat tu."

"kalau babi kenapa daging dia kaler putih? dia takde pun nak kumpul tenaga macam katak."

soalan ni aku yang tanya dia since abah aku dah pesan awal- awal kalau nampak daging kaler putih tu jangan beli. sebab daging babi kaler putih. tapi kami duk berdebat la pulak sebab dia tak percaya aku cakap daging babi kaler putih. so kitorang amik keputusan google gambar babi dengan keyword "raw pork". google kat fon, bukan kat laptop. jadi ofcos la kena tekan- tekan skrin tu kan. tetiba,

"eh boleh pegang ke daging babi ni. bukan haram ke ni?" *sambil dia larikan tangan dia daripada skrin*

"weh kau kalau nak makan penampar cakap awal- awal!"

hahahaha bangang punya kawan. macamni la anak- anak kalau semua dah tepu baca bio. argghhhh

okay dah. x menarik pun. saje nak shareeeeeeeeeeeeeeee.

anak itik tokwi mandi dalam kolam..arrgghhh bye semua.

Monday, December 24, 2012

HAHAHAHA INI LAME

HAHAHAHAHAHAHAAA aku rasa nak gelak je sekarang. hahahahaha maka jom lah kita gelak bersama- sama. hahahahaha kita penuhkan entry ni dgn gelak jer. hahahahahaha ok stop.

macamni sebenarnya, kenal x Dena Bahrin? ala blogger famous yang time dia kawin tu semua orang rasa macam nak kawin jugak walaupun calon takde lagi. haha kenal x?!

aku pun kenal jugak sebenarnya. kenal masa ada video yang suami dia propose dia dulu tu. sooo sweet kan. okaydahtasnim!!

lepastu lepastu, dah lama gila dia famous kan? harini baru aku terdetik hati nak bukak baca tilik blog dia. hahahaha lame kan? ok sila lempang aku sekarang!!! hahahahaa

so, bila bukak blog dia tu tengok entry dia yang first- first, "Hati Manusia, Allah Yang Jaga". memang pergghh kena setempek kat atas muka. selama ini pun dah tahu dah semua benda Allah yang jaga, Allah tu berkuasa dalam membolak-balikkan hati manusia, sebab tu ada yang jahat gila- gila pun bila Allah bagi hidayah, masuk tabligh apa semua jadi lebih baik dari kita semua ni.

Bila hubungan dengan Allah betul betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia takde masalah.

kadang- kadang rasa hubungan dengan Allah tak cukup mantap lagi. sebab tu lah hubungan dengan manusia pun tunggang terbalik.

Biar kita jadi orang yg minta maaf dan maafkan.

kadang- kadang kita taknak minta maaf dengan orang kenapa? sebab kita rasa kita je yang betul, orang lain semua salah. walhal diri sendiri pun senget sebelah. dan kadang- kadang kita rasa kita dah maafkan orang tu, tapi cuba tanya diri kita balik, betul ke dah maafkan? betul ke ikhlas dalam memaafkan tu? ke ada kepentingan lain? kita ada masalah hati yang ego sebenarnya.

" Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."

ini aku boleh simpulkan sebagai, kita buat sesuatu kerja tu tak ikhlas. tak ikhlas dalam membantu, tak ikhlas dalam memberi maaf. kita sering mengharapkan benda baik yang kita buat tu, orang balas baik jugak. walhal kita tak tahu apa yang Allah balas kat kita. tapi kenapa bila kita buat benda jahat, kita tak pernah pun mengharapkan orang lain pun buat jahat kat kita jugak? jadi ayat kat atas tu bertukar "Eh serious malas nak jadi jahat dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati." kenapa tak pernah? sebab kita buat jahat tu sepenuh hati. betul x?

okay dah. sentap x? hahaha shadap u tasnim.

btw, happy bday Rittie Dan! my closed friend during National Service. haha she's so cute and she has soo many crush. chinese memang susah sikit nak sebut nama tasnim. jadi nama aku jadi Tas Square. entah macam mana. aku pun dah lupa. haha so aku panggil dia TT, T Square. haha she loves to hug people. I dont know why. semua orang dia mesti peluk kalau nak bergambar ke hape ke. pening aku. ahaha

Friday, December 21, 2012

Tak Tahu Kenapa Tapi Aku Nak Post Pasal 21122012

Hai! Assalamualaikum. dah lama nampaknya tak update blog ni. biasalah I kan busy youuu... blog ni semenjak dua menjak ni aku nampak post- postnya suram jer. bila jiwa tak tenteram, posting kat blog ni pun jadi tunggang langgang gak. fitrah manusia la tu banyak masalah. huhu banyak post- post sentap yang memakan jiwa pembaca. dan tak lupa juga post- post yang sentap perghh masuk ke ulu hati. (pedih ulu hati? minumlah gaviscon. ahh motif?)

dah. aku dah start merapu dalam bahasa melayu sastera zaman nenek aku datuk aku moyang aku sultan mansur shah aku. eh, tu bukan. okay, kat mana kita tadi? hah, kat sini? kat blog ni. okay hambar~~

haritukan haritukan, classmate aku kan, dia india kan, agama dia hindu kan, eh apasal bunyi macam gedik je ni. dah dah.

okay hariitu classmate aku yang india tu ada tanya aku,

"eh tasnim, you apa plan ah nanti 21 disember? kan the end of the world haritu."

aku yang dalam hati dah tergelak sakan bila dia tanya macam ni. tapi takde la gelak depan dia kan. tak baik la pulak. tu kepercayaan dia, nak buat macam mana. aku pun jawab,

"eh mana ada plan. saya orang Islam mana percaya benda- benda macam ni. you ada plan pape ke?"

aku tanya dia balik. mana la tau dia dah siap- siap beli rumah bawah tanah ke apa ke untuk persiapan kiamat tu kan. takpun dia dah beli makanan banyak banyak buat stok raya. eh silap, buat stok menunggu hari the end of the world tu kejadah apa entah.

"oh, 20 hari bulan tu saya ingat nak enjoy dulu la puas- puas. lepasni mati takleh nak enjoy dah. malam tu nak tidur I nak telan pil tidur biar boleh tido dengan lena la hari last tu."

hah! amik kau. saya dengan I dia main campur jer. biasalah tu poringge kan. kalau ayat tak berbelit bukan poringge la nama dia. haha lepastu aku senyap jer. malas nak gaduh dengan dia sebab dia mudah sentap woot! muka banyak keras tapi hati mau sentap wa cakap sama lu.

lepastu kan lepastu kan. harini la paling best aku bahan dia. haha pagi- pagi lagi sampai kelas aku cakap,

"waa, hebat la kau. datang jugak kau ke kelas harini eh. macam mana kau boleh survive the end of the world ni? eh eh kenapa aku rasa macam takde pape je yang berlaku hari ni nih?"

best beb best. perasaan tu macam kau dapat durian runtuh rambutan runtuh manggis runtuh air milo tabur runtuh beb. dia balas,

"mana ada I cakap harini the end. takde pun punpunpunn."

haa sudah. kalau dah keling tu memang keling la jugak. takpe takpe. aku layan lagi.

"haritu you cakap nak telan pil tidur tu kenapa?"

"ohh, dah tu I takut kalau ada tsunami ke apa ke. takut bencana berlaku ke. you tak takut ke? kita hindu kita tak percaya kiamat ni. tapi ada jugak kiamat. tapi bukan sekarang. tapi banyak tahun lagi."

banyak tapi dia. dah laa. aku cakap dengan keling ni dengan aku aku sekali jadi keling. grammar aku tunggang terbalik bila cakap dengan keling ni taw?

Saturday, December 15, 2012

Kau Tau Kenapa?

Kau tahu kenapa orang cakap DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER?

sebab tak semua orang yang tersengih tersungging nampak gigi arnab dua batang sepanjang masa tu dia takde masalah. tak semua yang tengah tersenyum lebar tu bahagia. benar, kadang-kala senyum itu tanda bahagia. tapi kadang- kadang kebahagiaan itu membunuh. tahu?

pernah rasa tak pengalaman terpaksa senyum tersungging walaupun hati sedang terluka sebab kau tahu kau senyum ke masam ke apa ke, takde orang nak kisah? pernah rasa tak? jadi lebih baik tersungging lah kan. di samping dapat meregangkan otot bahagian muka kejadah apa entah. aku tak reti benda- benda macamni. dalam kelas bio aku tidur. kbye.

Wednesday, December 12, 2012

Mohon Jangan Dekati Jika Diri Tiada Insuran Jiwa


"kenapa sedih ni?"

"tak ah. mana ada."

5 minutes later

"weh, apa kau ni orang duk gelak- gelak kau senyap jer."

"dah tu fon aku tengah rosak kau nak suruh aku gembira?"

"laaa, tadi aku tanya sedih tak kau cakap tak."

"aku memang jenis suka tipu dengan emosi diri sendiri."

"ohh,,okay. jadi aku tak boleh percaya la yer kalau cakap kau suka ke benci ke apa ke?" *nada gurauan*

"kau dengan sifat pemanipulasi ayat tu memang laahhh ... " *nada marah*


dah. aku tersentap dekat situ. masuk kali ni dah dua orang cakap aku suka belitkan ayat orang sampai ayat orang tu dah jadi tersalah paham dah. dan kau tau apa akan jadi kalau ayat tu dah disalah pahamkan? of cos la sakit pedih ulu hati kawan tu beb.

stalkers terhormat ;P