Saturday, July 9, 2011

selesai satu

dua julai dua ribu sebelas.

pagi itu cuaca agak sedikit mendung. nun jauh di sana beburung sedang berterbangan mencari rezeki. the early bird catch the worm orang kata. aku jeling rumah jiran tetangga,, eheh aku yang terawal turun pagi itu. sedikit  bangga. *tangan di dada, mata tengok atas*

enam dua puluh enam minit pagi.

tali kasut diketatkan. sudah lama aku tidak memakai tali berkasut. bersedia untuk memulakan langkah pertama dan mungkin terakhir. tarik nafas, hembus. fuhhhhh gusar di dada sedikit reda. maklumlah, jalan gelap yang akan aku tempuhi sebentar sahaja lagi agak merisaukan aku. anak bulan masih malu malu untuk menunjukkan muka beliau. yelah, baru masuk bulan baru.

enam tiga puluh minit pagi.

tepat tepat seperti waktu yang dijanjikan aku sampai di tempat kejadian. pergghhh ayat aku tak boleh pergi. eh, tak boleh blah. tanpa berhenti mengayuh, aku meneruskan perjalanan menuju ke sekolah. wahh, di jalan sudah banyak kenderaan. ini sesuatu yang di luar jangkaan. peristiwa paling menyedihkan, seluar aku terkoyak kena apa entah. dan dan jugak time tuh dia nak koyak. kan aku dah kata, tak elok pakai seluar trek. tersangatlah nipis cikgu weh. bencinyyeeewww

enam lima puluh pagi.

well, dua puluh minit kayuhan tanpa henti dan akhirnya aku sampai ke sekolah. mencari- cari port untuk meletakkan basikal. fyi, basikal aku memang jenis yang takde tongkat. entahlah kenapa.wuuwuuuuu

keputusan diumumkan.

rufaidah juara.

sekalung tahniah diucapkan.

acara sukan terakhir bagi kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah selama sebelas tahun. dan alhamdulillah, aku bukanlah rakyat yang tidak menyumbang kepada tuan rumah. well, at least tiap tiap tahun aku sertai catur kan? dan tahun kegemilangan adalah pada tahun dua ribu sembilan di mana pasukan aku berjaya menewaskan pasukan lawan dan mendapat johan. tak caye? yelah yelah, tahun tu milly dengan bilah tak main catur. memanglah boleh menang kan. haha

p/s : orang cakap waktu paling best menangis masa tengah mandi air pancuran. esak tak didengar, air mata pun boleh tertukar.

No comments:

stalkers terhormat ;P