Tuesday, December 27, 2011

Big Family Outing

Cuti dah habis bro. sekarang packing nak pegi plkn pulok. budak ni sedang meroyan sebab esok lusa dah kena pegi plkn. jadi, entri ini sangat panjang.

kalau pegi kl, semua orang sesat eh? ke aku sorang je yang sesat? kahkahkah part sesat memang best. naseb baek jalan clear. perghh sampai kl dalam pukul sebelas kot,lepas tu duk sesat-sesat, dalam pukul 2.30 bru sampai usj. T_T

esoknya,pengembaraan bermula. cuti- cuti kali ni sangat best. sebab kitorang dah besar kot. dah tak payah ikot parents pergi beli periuk segala bagai. haha

part paling best bila kitorang sesat masa otw balik daripada ukm. sesat sampai ke nilai, negeri sembilan. haha entah macam mana boleh sesat, padahal abah aku dulu belajar dekat ukm. =.='

and the journey beginssssssssssssssssssssssssss...................

mula- mula kitorang pergi I-City. 15 minit je daripada USJ tuh. I-City sangat lawaaaaa. Tapi bayar mahal laa. kalu sebelum pukul 6 petang, bayaran masuk singgit, kalu selepas 6 petang 10 ringgit. motif? lepastu masuk snowwalk. snowwalk pun kena bayar. grrrrrrrrrrrrrrrrrrr,,tapi kalau ada kad pengenalan, dia bagi diskaun. haha motif? sila bawa mykad ke mana sahaja anda pergi. kahkahkah

ok, kat dalam I-City tuh dia macam taman tema ah. ada macam- macam game. game tembak itik pun ada. lol time masuk dekat salji tuh,dia bagi baju sejuk. wahhh,,rasa macam duk kanada pakai baju sejuk gitu. haha takde ape pun kat dalam tempat salji tuh. macam pameran air batu je kot. dalam tu gelap jer. ada luncur salji. luncur ke orang panggil? haha tak tahu lah. for sure benda tu memang best. kalau nak masuk,pakai la kasut siap dengan stokin. sebab suhu dia -5 darjah celcius. hidung pun jadi beku taw? duk bercakap pun keluar asap kot mulut. haha best duk main asap- asap lepastu main baling- baling air batu. dia macam tempat salji kat genting ah. tak jauh sangat beza. tapi kat genting cerah sikit. duk kat I-City dari petang saaaaaaaampai malam. makanan kat sana pun mahal. baik makan dekat kfc jer. kfc lagi murah la weii.

lepas makan malam, kaum ibubapa semua balik. tinggal budak- budak je. ni baru bercuti! haha kitorang pergi dekat laserwar zone. pergi main lasertag! lasertag best weh! rugi kalau tak try. lasetag ni dia macam paintball ah. tapi main kat indoor,dalam gelap pulak tuh. kena pakai jaket,lepastu dia bagi pistol laser satu. kalau nak menang, kena jadi penembak yang tepat! biasalah, dah satu geng dengan sepupu lelaki, kena la main permainan budak lelaki. ye dok? takkan nak pergi main tembak itik pulok? huhu

game dia dalam sepuluh minit je. tapi lepas main, kitorang berpeluh-peluh. letih sangat berlari ni. padahal ada air-cond dalam tuh. haha

jaket dan pistol laser

gelap kan?
gambar ihsan google sebab kamera tak boleh bawak masuk. lepas main benda ni, kitorang duduk- duduk rehat kejap sebab terlampau letih. haha malam masih mudaa bak kata orang KL. kitorang plan nak tengok movie lepastu. cerita Mission Impossible : Ghost Protocol dekat sunway piramid. kitorang sampai dalam pukul 11.20 kot. semua movie seat dah penuh. tengok- tengok, ada lagi yang pukul 12.45 tengah malam. sambil tunggu movie start, kitorang jalan- jalan keliling sunway. kedai semua dah tutup. 0.o jadi kitorang decide pergi tengok orang duk buat latihan hoki ais. macam best tengok dorang main. dulu masa aku form 3, dah pernah tengok hockey ice match ni. game dia pelik sikit sebab kat belakang goal pun still boleh main lagi. player pulak boleh senang- senang aje nak tukar bila- bila masa. tak payah inform pun dekat refree nak tukar player. best kan?

ok,dah. panjang sangat dah ni. nanti nak tunggu budak- budak tu upload gambar dalam facebook. kahkahkah malas nak upload sebab lama sangat kena tunggu. hee

No comments:

stalkers terhormat ;P