Sunday, April 8, 2012

something to brag about

maka haruslah aku korek kembali memori selama 2 bulan 16 hari berada di kem plkn. walaupun blog aku ni lambat sikit aku update pasal national service. biasalah biar lambat asal selamat orang kata.

sesungguhnya saya tidak merindui rumah. saya hanya merindui internet yang berada di rumah. lol ok,sapa kata plkn tak best? ok fine laa. part yang tak best tu tipu la kalau aku cakap takde. masa mula- mula sampai aku bangun pukul 5 pagi. tapi seminggu duk situ, aku bangun pukul 5.30 pagi. dua tiga minggu nak balik,aku bangun pukul 5.45 pg. kadang-kadang kalau pagi tu takde latihan fizikal pagi (PT pagi) pukul 6.30 baru aku bangun. see? nampak tak tahap kemalasan aku untuk bangun pagi di situ. ya,itu penderitaan pertama yang harus anda tempuhi bila anda bergelar wira dan wirawati.

subuh pukul 6.15 pagi lebih kurang tapi PT pagi pukul 6.30 dah kena siap lapor. kalau solat lima minit,pakai tudung/kasut lima minit,anda masih ada 5 minit lagi untuk berlari berkejaran ke padang kawad. sangat mengujakan bangun pagi- pagi dah kena berlari. -.-

PT pagi macam biasa buat latihan fizikal pra support apa bagai yang kalau aku cakap pun sumpah takde orang paham. haha lepastu kawad- kawad sikit. PT pagi pukul 6.30- 7.30 pagi. Lepastu pergi breakfast. lebih kurang pukul 8 pagi gitu sampai la kat bilik balik. sampai bilik salin baju 8.15 dh kena beratur nak masuk kelas.. booooooring kan? =.= sumpah la kalau time makan pun kau nak gosip, time jalan kaki nak balik bilik pun kau nak gosip, sumpah lah kau orang yang paling lewat sampai kat kelas.

"KAU JANGAN MAIN- MAIN DENGAN AKU. KALAU TIDAK KAKIKU DI BIBIRMU!"

ok sila gelak sekarang sebab memang budak- budak ni duk tahan gelak lah bila cikgu cakap macamtu! haha

then part kena denda of cos la tak best kan. denda sit up 50x tengah panas memang perrggghhh sampai sekarang aku tak leh lupa benda tuh. sebab tu first time kitorang kena denda dan yang  first time tu memang mengujakan lah. so apa lagi part tak best? emm part kawan- kawan yang errrr entah. payah nak cakap sebab aku tak biasa dengan suasana yang lelaki perempuan bertepuk tampar macam dorang tuh adik beradik. ke suasana tu normal? bagi aku benda tuh tak normal lah. tapi kalu bagi korang aku tak tahu. whatever lah sebab kem aku tuh majoriti budak kolumpo dengan selangor jadi paham- paham sendiri la yerr..

tiba tiba aku bersyukur masuk sekolah agama. you know that you really really need iman yang teguh kalau tak dengan kau sekali terheret sama tergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas.

aku berubah bila duk kat sana. siyesly aku jahat gilaaaaa. tapi bila aku dah sampai kelantan balik, aku dah letak azam dalam diri supaya benda- benda jahat yang aku buat kat sana aku tinggalkan. dan aku berjayaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! hiyaarrggghhhhhhh!!!!!!!! okhabis.


2 comments:

Anonymous said...

benda jahat ? means ?

the nimnim said...

bukan utk pengetahuan umum. harap maaf.

stalkers terhormat ;P