Wednesday, October 31, 2012

kalau dah rindu, sapa boleh halang?


ahhh. ku tenung sendiri laptop yang sentiasa dibiarkan terbuka ini. laptopo yang terus setia bersamaku sejak berkurun lamanya walaupun orang disekeliling datang dan pergi. datang mewarnai hidup lalu pergi meninggalkan diri ini terkapai- kapai sendirian. hatta, henset pun datang dan pergi. heh. harus idea yang mencurah tatkala mata dipejamkan sejenak setelah berpenat lelah seharian ke kuliah hari ini hilang begitu saja pabila jari mula menyentuh kekunci keyboard. haruskah keadaan ini berlaku sedangkan blog ini sudah lama di biarkan bersarang umpama tiada tuan yang menjaganya? sudahlah visitor pun takde, tuan pun buat endah tak endah sahaja dengan blog sendiri. inilah kufur nikmat namanya. #EH?

tadi, saat mata memerhati keadaan disekeliling, tiba- tiba hati dipaut sesuatu. jiwa diragut pilu. otak lelah memutar kembali memori yang tersimpan sekian lama. diri sendiri berperang dengan perasaan sama ada memori itu perlu diungkit kembali ataupun tidak.

ahhh. memori itu. dia datang kembali. datang bertandang kerana rindu. iya, rindu. jiwa merindui benda yang sudah lepas. merindui benda yang tak mungkin dapat dirasai sekali lagi.

5 tahun setia bersama. jatuh bangun bersama. 5 tahun yang mengajar erti pelbagai perkara. sepanjang 5 tahun tersebut, jerih perih dilalui bersama. hilai tawa tentunya, tiada yang hambar. gurau mesra pengukuh ukhwah. hari- hari yang berlalu dirasakan sentiasa bersinar walaupun kadang- kadang ribut taufan datang bertandang. ya, di situlah bermula segala- segalanya. bermulanya hidup seorang remaja yang baru ingin bertatih mengenal dunia.

aku masih ingat kali terakhir bertemu dengannya. semua berjalan dengan lancar. tiada yang tidak kena di mataku. semua kelihatan ceria. hilai tawa penceria suasana ketika itu. tiada babak sedih dalam episod hari tersebut.

akan tetapi, kita terpaksa berpisah disebabkan masa. 5 tahun itu seolah- olah sudah cukup baginya. 5 tahun itu katanya sudah cukup untuk aku belajar sesuatu yang bernilai darinya. sekurang- kurangnya aku sudah ada satu pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. itu katanya. walaupun aku meronta- ronta tidak mahu berpisah dengannya, dia tetap pergi. pergi meninggalkan ku sendiri. pergi supaya aku diberikan peluang untuk menikmati keseronokan bersama yang lain. pergi supaya aku dapat belajar sesuatu yang lagi bernilai yang tak dapat diberi olehnya. mungkin sekarang tempat aku tersebut sudah diganti dengan teman yang baru.

aku pasrah.

betullah orang kata. bila sudah berada di luar, bila sudah memegang title 'EX',bila benda itu sudah tak ada, barulah terasa nikmat yang sebenarnya. semasa bersamanya, tidak pernah aku tahu erti untuk bersyukur. tidak pernah terasa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. bila benda sudah tidak berada di depan mata, bila segala- galanya hilang, barulah reti nak tergedik- gedik merinduinya. betapa sekarang aku bersyukur aku pernah memilikinya suatu ketika dahulu.








terima kasih SMKA NAIM LILBANAT. 5 tahun aku setia bersamamu. sesungguhnya di situlah tempat aku jatuh dan di situ jugalah tempat aku bangun untuk kembali meneruskan kehidupan. yaAllah, tempatkan mereka yang sudi berpenat lelah mengajarku selama ini dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat rahmatMU. amin.

............

sudah la tasnim wei bermadah kata bermanis bicara konon. dulu buat esei bm takde bunga- bunga macam ni pun? haktuiihhh. dah aku ni kenapa rasa macam dah boleh tulis novel pulak ni. haaioooohhh

No comments:

stalkers terhormat ;P