Saturday, December 1, 2012

REPOST: Kiamat 2012??hmm~

It's December already. tahu apa rumour tenteng disember? ya, ramalan kaum mayan menyatakan bahawasanya december 2012 will be the end of the world. nak percaya atau tidak, tepuk dada tanya iman. so, jom kita tengok dari segi kajian astronomi kenapa kaum mayan ni buat ramalan kiamat 2012.

.......................................................................

penah dengar tentang kiamat 2012??
mesti pernah kan??
takkan tak tahu kot cerita ni dah ade??
tapi,,pernah dengar tak tentang benda nih..??
ok..inilah  yang dipanggil sunspot cycle..apa tu sunspot??bacalah di sini...senang cerita, sunspot ni tompok yang ada kat matahari..tempat yang paling sejuk la kat matahari tuh..sejuk-sejuk dia pon mau cair jugak law kita pegi sana! Ianya berlaku disebabkan aktiviti magnetik yang kuat pada matahari yang menghalang perolakan haba dan seterusnya membentuk kawasan yang kurang haba. seterusnya akan membentuk tompok hitam di tengah-tengah matahari.pegi bukak balik lah science textbook Form 3!!

kita sambung topik kita pada hari ini..ececece...(ceh,,gaya mcm cikgu la plak..haha)..

Pada tahun 2012,, sunspot akan mencapai bilangan yang paling banyak pada tahun tersebut dan 30% - 50% lebih kuat berbanding sunspot cycle yang biasa dan akan memuncak pada tahun 2012...Pada tahun ini juga,matahari telah menunjukkan bilangan sunspot yang begitu besar dan sangat banyak..Fenomena ini terjadi kerana sunspot sedang meningkat jumlahnya dan akan terus meningkat dengan mendadak pada waktu puncaknya....Tapi,bagus juga sebenarnya kalau sunspot ada, kerana ini menunjukkan bahawa matahari kita masih aktif.Jika tiada sunspot,menunjukkan bahawa matahari kita sudah tidak aktif dan kemungkinan besar,,,,,nauzibullah hi  min zalik..Minta- minta dijauhkan..

Jika kadar kereaktifan sunspot di matahari semakin bertambah, maka ianya boleh mewujudkan angin suria dalam jumlah yang besar dan boleh merosakkan satelit2 dan seterusnya,,sistem komunikasi di seluruh dunia boleh terjejas... Aurora di kutub utara dan selatan mula menunjukkan warnanya yang terang.... bagaimana situasi ketika komunikasi bumi terjejas ?? tak dapat dibayangkan......huhu....mungkin dunia akan menjadi lebih huru- hara..

Kiamat 2012 dikaji oleh orang Mayan yang menggunakan teori sunspot cycle ini..Mereka mendakwa kiamat akan menjadi suatu realiti pada tahun 2012 kerana kereaktifan matahari sudah memuncak..

Walau bila masa pon akan berlakunya kiamat, kita perlu percaya bahawa kiamat itu tidak akan terjadi sekiranya Allah S.W.T tidak mengizinkannya..

Credit to NASA for the source.

......................................

bila dipikir- pikirkan kembali, tak terasa ke macam Allah sedang bagi kat kita satu lagi klu bahawasanya kiamat dah dekat? yelah, kita memang tak boleh percaya ramalan- ramalan ni sebab akan membawa kepada syirik. tapi kan, mana tahu Allah sengaja hantar orang untuk buat rumours ni sebab nak ingatkan kita tentang kiamat supaya kita tak lagho sangat? ataupun Allah sengaja bagi ilham dekat penerbit cerita 2012 tu sebab nak bagi kita peringatan agar kita boleh bertaubat sebelum terlambat? haaa, setiap benda yang terjadi tu ada hikmah disebaliknya.
so, mari muhasabah diri. adakah bekalan diri dah cukup untuk dibawa ke alam sana?

p/s:sesungguhnya aku masih tiidak percaya yang aku telah mengepost sesuatu yang bermanfaaat kali ini!!hahaha...

No comments:

stalkers terhormat ;P