Jap tadi aku dah nak jadi gila..
Sekarang aku happy balik..hahaha
Lepas aku cari benda alah tuh tak jumpa- jumpa, aku pum online fb.
Aku tengok dekat chat ada sepupu aku online.
Aku dapat idea
Otak aku cakap..
"Tanya dia tasnim, tanya dia.."
korang ingt dia cakap one minute tu, one minute sungguh ker?
Mau putih rambut aku tunggu dia balas..
Tapi takpe..tengok yang ni pulak..
Klik sini kalau nak tengok nota dia. Lepas dia cakap macam tu, aku baru tau yang dia belajar tak guna buku 100%.. Patut pum dia cemerlang. Meh dengar sikit cerita pasal dia. Taknak dengar sudah.. Pejam mata scroll ke bawah.Takpun tekan button x yang kaler merah dekat atas belah kanan.Senang!
Zaman kegemilangan dia bermula masa dia form 3. Time tu dia baru pindah rumah dan duk dekat USJ n sekolah dekat USJ 4. PMR dia 9A. Dia ambil arab sebab sebelum ni dia sekolah dekat SMKA Sheikh Abdul Malik dekat ganu. Dia belajar sendiri bahasa arab and dapat A. Amacam? Kau boleh?Aku pum tak boleh dapat A bahasa arab walaupun aku sekolah arab..haha
Dia jadi antara pelajar cemerlang pmr selangor dan pelajar cemerlang rank 1st subang jaya.
Ok, korang mesti cakap "Eleh, setakat cemerlang akademik buat ape?"..Meh sini nak sekeh sikt kepala kau.
Dia kat depan sekali. jadik komander Tengok sapa kat belakang. Kaum Adam kalah!!hahaha..Aku tak tau dia kawad untuk apa..hahaha..Ohh..Kesian kat korang kena tipu.. Dia bukan komander..Cuba perati betul- betul gambar tuh.. Dia duk kat tengah- tengah barisan eceli..hahaha
Korang ingat dia saja- saja ke pakai baju yang besar giler tuh??Yang dalam baju ada baju, dalam baju ada protection ntah-ape-ape-ntah.. Aku pernah tolong pakaikan jersey tu untuk dia, korang ingat senang ke nak pakai menatang tuh?Sekali pakai aku rasa sedozen cellophane tape habis. Sebab kalau nak pakai baju tuh semua tuh kena taruk saltep..Stokin dia, baju dia, guard dia, semua lah kena taruk menatang tuh!!Gila!
Tak ingat nak cakap, sejak dia pindah duk selangor, dia join ice hockey. Sampailah dia dengan abang dia eceli, jadi wakil Malaysia untuk sebarang pertandingan ice hockey. Korang bayang, masa form 3 dia duk busy dengan menatang ni lagi, tapi dapat skor time exam.Korang boleh?Tapi abang dia sekarang dah jadi referee kadang- kadang kalau dia takde match. Abang dia dah kira tahap expert lah. Dia baru tahap sederhana.
Ni abang dia. Kadang- kadang aku nampak dia macam orang korea..Erk??haha
Kadang- kadang kalau aku pergi sunway, aku boleh masuk free- free pergi main ice skating time lepas diorang buat latihan.Ok, aku tipu.Aku tak main ice skating. Aku jalan- jalan masuk dalam ice rink tuh macam takde ape yang berlaku. Maklumlah, diorang start latihan pukul 9 kot aku rase sampai tengah malam. Mana ada orang tengah- tengah malam kat sunway tuh..
Ok, kita sambung balik cerita pasal dia.
Lepas sekolah USJ 4, dia dapat tawaran pergi SBPI Gombak. Lepas tu dia skor str8 10 A1. Macam rilek je dia aku tengok..hahaha..Dia dapat tawaran buat medic dekat UK. Dia sekarang tengah buat prep dekat Mara Banting sebab Mara yang sponsor pergi UK..Sebelum dia dapat result SPM, dia buat part time job dekat petrosains KLCC..Jadi volunteer dekat situ. Kalau korang nak jumpa dia, boleh la pergi kat situ time cuti sekolah. Kalau jumpa perempuan yang gemuk, pastu pendek, kulit cerah pastu ada taik lalat dekat mata, betul la tuh dia. Korang ingat senang ke nak kerja dekat situ? Kalau korang jenis yang tak boleh bercakap depan orang ramai tu aku nasihatkan korang tak payah mintak kerja kat situ..hahahaha
Tahun lepas dia masuk paper metro. Korang tak percaya pergi carik sendiri dekat metro punya web..hahaha..Dia masuk paper sebab dia jadi volunteer dekat situ. Lagi sebab, kelab ice hockey dia nama Star Metro kalau tak silap aku la. Yang abang dia punya nama Warrior. Dulu Wildcats, tapi aku tak tau bila masa dia tukar masuk Warrior.Sungguh aku taktau..Metro Stars stand for paper The Star ngan paper Metro. Means that The Star ngan Metro yang taja kelab diorang.Ada paham?
Malas dah aku nak cerita pasal dia. Kalau nak aku sambung, 3 entry tak habis lagi aku rasa. Banyak lagi pencapaian yang dia ada sampai kekadang aku fikir macam mana dia boleh balance kan dia punya study dengan sukan dia?Err, dia bukan main ice hockey saja okeh? Outdoor games pum dia join gak. Dia penah jadi wakil dalam bola jaring. Banyak gila kot games dia main sampai kekadang dia cakap cikgu selalu marah dia sebab ponteng kelas sebab banyak sangat tournament. Ponteng- ponteng pum SPM skor jugak. Tak paham aku dengan dia ni. Otak jenis apa entah dia pakai. Err, lupa nak cakap, kadang- kadang dia tolong mak dia jual Herbalife.Dia jadik jurucakap mak dia sebab dia lagi banyak tahu pasal ubat..Argghh~Aku jadik gila balik sebab banyak sangat benda nak cakap.hahaha
Aku stop dulu. bai~
p/s: mati la aku kalau dia tau aku post pasal dia..hahaha..tapi aku rasa dia patut bangga sebab aku jarang puji orang..hahaha
pssttt~~Facebook dia ngan abg dia..Korang boleh tengok sendiri kalau tak caye cite aku..Kalau korang add dia, jangan cakap pasal post ni. Aku bunuh korang nanti kalau korang cakap pasal blog nih..hahaha
p/s/s: kebanyakan org main ice hockey org cina dengan omputeh. Org melayu sgt jarang ok? kwn dia yg omputeh tegur aku time aku pergi tgk dorang punyer latihan. time tuh, aku rasa menyesal sikit sbb xnak blaja bhasa ingris sngguh2 sbb aq trgagap-gagap ckp dgn dia..hahaha..buat malu kaum!
No comments:
Post a Comment