Tuesday, December 28, 2010

This is what we call AUTONOMI! DASAR DIKTATOR!


 Kalau rajin baca paper time sekolah kluster mula- mula nak tumbuh dulu mesti tau maksud autonomi tuh ape.
Autonomi= pemerintahan sendiri tanpa campur tangan orang lain.

Yeah, korang kena terima tu. Kerajaan bagi hak kat admin untuk urus sekolah sendiri. Means= admin boleh buat sekolah tuh macam sekolah mak bapak dorang. Boleh buat macam sekolah swasta! Boleh buang dan ambik guru dari sekolah lain sesuka hati! Lain tahun boleh tukar nama sekolah jadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAYASAN AYAH ANDA. At that time, takde dah kot orang yang tak puas hati dengan pentadbiran diktator macam tuh sebab tuh sekolah ayah dia kan.

Tapi,

Tu baru dapat jadi sekolah kluster, belum dapat SBT lagi.
Aku tak boleh bayang kalau dapat SBT.

Please diktator! Kami dah tak sanggup. Kami nak SPM tahun depan. Jangan buat kami macam ni.

IF I RAN MY SCHOOL ...

I wish, cikgu lain yang datang best and caring macam mami. Walaupun aku tak penah belajar dengan dia, tapi aku budak KRS. Budak KRS mesti penah tau perangai mami macam mana. Hancurlah KRS tahun depan. OHHHH....Tak sanggup..=.=' Ahh, kalau cikgu yang datang tuh tak best haruslah salahkan pkp! HARUS! Mesti dia pilih guru- guru yang dia rasa TERBAIK kan? Kalau tak terbaik gak? Ohh...

IF U RAN UR SCHOOL, WHAT WOULD U DO?

Tak sabar nak tinggalkan sekolah. Sungguh tak sabar nak tinggalkan pemerintahan yang kejam tuh! Iye, kami tahu kami anak tiri. Takde sape yang peduli kalau kami tinggalkan sekolah tuh. Dorang label kami perosak sekolah kan? Kami sedar hakikat tuh. Kami sedar! Result PMR sekolah tuh turun sebab sape? Sebab kami. Budak- budak PMR 2008 yang dapat 9A berapa? 95 kan? Ke 94? Ahh, aku tak ingat. Tahun kami berapa (2009)? 75 saje. Iye cikgu, kami tahu kami dah rosakkan reputasi sekolah. Kami dah jatuhkan maruah sekolah. Kami dah tak buat orang sekeliling kagum kalau nama sekolah kami di sebut. KAMI PUN TAK BANGGA KALAU ADA ORANG TAHU PARA PENTADBIR KAMI SEORANG DIKTATOR! Tapi, apa yang anak emas kamu dah lakukan? Adakah dengan dapat 86 orang 9A tahun ni kamu dah boleh mendabik dada? Hello kawan? Kalau dah dikira cukup bangga apesal BM tak dapat 100% A? Apesal nak dekat sekelas yang tak dapat A? TAHUN KAMI TAK JADI MACAM TUH TAU TAK!

Yea, aku sangat marah. Sorry readers...Bukannya aku tak bangga kalau orang search SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERBAIK KEBANGSAAN keluar macam ni

Button tumbesaran yang sihat masih berfungsi dengan baik. Sila tekan gambar untuk tumbesaran.
Nama sekolah aku ada tersenarai kat situ. Tipu ah wei kalau tak bangga. Mana letak SMAP LABU? Mana letak SMAP Kajang? Dorang sekolah asrama penuh, tapi tak tersenarai dalam senarai ni. Bukan nak bangga dengan sekolah, tapi bukankah dorang tuh sekolah asrama penuh? Mesti yang terbaik je yang dapat masuk. Ohh, lupa. Dorang takde exam sebelum nak masuk sekolah macam kitorang. Tapi, dengan pentadbiran sekolah aku yang macam nih ... entahlah der .. buntu!

Sebab apa aku tulis benda ni? Sebab tak puas hati. My bestfriend said, "mungkin ada hikmah". Ok. JANJI ALLAH PASTI TERLAKSANA! Dah DIA kata setiap perbuatan ada hikmahnya, kita sebagai makhluk kena redha. Kau paham redha? Redha macam nih hah T____________________T
Tahun depan tak payah buat apa- apa kalau dicalonkan untuk Sekolah Berprestasi Tinggi sekali lagi.

Dah dah dah! Abaikan apa yang aku tulis. Mood aku dah hilang sejak beberapa hari yang lepas. Dia tengah menyorok kot, taknak pergi sekolah la tuh. =.='

No comments:

stalkers terhormat ;P