Saturday, January 1, 2011

Surat Untuk Encik Posmen..Oh, aku rasa entri ni melekat sampai 1 Jan 2011

Lot 50 A ___________
___________________
                                                                                                                           ___________________

Kehadapan Encik Posmen yang tidak disenangi buat masa kini,

     Apa khabar Encik Posmen? Saya berharap agar Encik Posmen sihat- sihat sahaja hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menunjukkan rasa prihatin saya terhadap Encik Posmen.

     Untuk pengetahuan Encik Posmen, guru kelas saya sudah pun mengepos love letter untuk saya. Love letter di sini bermaksud result peperiksaan akhir tahun saya. Saya memanggilnya love letter kerana guru kelas saya amat menyayangi saya. Ya Encik Posmen, beliau sangat menyayangi saya sehinggakan tidak sebut nama saya sehari ibarat tak sempurna hidupnya.

     Saya sebenarnya sangat berharap agar Encik Posmen tidak berapa sihat agar Encik Posmen mendapat cuti sakit sehingga akhir tahun. Saya bukan apa Encik Posmen, saya cuma rasa sedikit cuak dengan keputusan peperiksaan saya. 

    Saya juga benar- benar merayu agar Encik Posmen tidak menghantar result saya dalam masa yang terdekat ini. Kalau boleh, hantarlah tahun depan ataupun tahun depan satu lagi. Jika Encik Posmen mahu menghantarnya pada masa yang terdekat ini, sila hantar dan masukkan di dalam box rumah saya dan bukannya di dalam box rumah jiran saya. Saya tahu Encik Posmen mengalami sedikit kekeliruan kerana alamat rumah kami yang sama. Tapi, tolonglah Encik Posmen, ini result dan bukannya result jiran saya Encik Posmen, jadi tolonglah letak di peti surat yang betul ye Encik Posmen? 

     Sehubungan dengan itu, saya ada sediakan beberapa cara yang Encik Posmen boleh lakukan agar result saya tidak sampai di rumah saya:

1) Seperti yang telah saya nyatakan, Encik Posmen tolong ambil cuti sakit boleh?

Kalau tak boleh tolong,

2) Ambil cuti peristiwa sampai akhir tahun boleh?

Kalau tak boleh jugak tolong,

3) Pancitkan tayar motor sendiri ye Encik Posmen.

Kalaulah usaha ini tak berhasil jugak, Encik Posmen tolong

4) Buat mogok beramai- ramai boleh? Jadikan penghujung bulan 12 ni sebagai Bulan Mogok Sedunia

      Saya amat berharap agar Encik Posmen dapat melakukan saranan yang saya berikan ini. Keprihatinan Encik Posmen untuk mengikut segala saranan saya, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasi. Encik Posmen tidak perlu berterima kasih kepada saya terhadap keprihatinan saya terhadap kewibawaan Encik Posmen sebagai seorang posmen yang berkaliber.

     Akhir kata, Saya sayang Encik Posmen! Tolong jangan hampakan harapan saya Encik Posmen.T.T

                                      Yang sangat berharap,




p/s: tolong jangan marah saya Encik Posmen. Saya sedang berlatih membuat karangan format tidak rasmi. Saya kan budak SPM tahun depan. Tapi saya rasa karangan saya macam karangan budak UPSR lah. =.='

3 comments:

pr!ncess said...

PTS (haliah): skema thp gpo taw post tenim nie..haha! lawop..sokom2

cRazy s0uL said...

haha liah..surat kiriman tidak rasmi kea tuh..keno lah wat skema2 sikit..:D

Anonymous said...

wohoho ~ hebat sekali ! tapi posmen mane nak bace surat layang mg ni ? hahaha

stalkers terhormat ;P