Monday, January 17, 2011

Biar betul tidur tak leh buka lampu?

Yelah, betullah tidur tak boleh bukak lampu nanti kena kanser/leukemia. Tak percaya? ahah! Memang ramai yang tak percaya kalau aku cakap macam tuh sebab sebelum nih aku cakap tanpa fakta. Aku taktau apa- apa. Kalau orang taknak percaya pun lantak dia lah. Nak berdebat pun fakta takde. Nanti orang ingat kita tipu. Baik duk diam. :)

Apa kaitan lampu dengan kanser kan? Takde kaitan kan? Sebenarnya abah aku yang cakap benda ni. Takkan abah aku nak tipu aku kan? Mestilah takkan? Ok, di sinilah google memainkan peranan yang sangat penting.

Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia Pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zon masa, lampu-lampu jalanan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.
Tubuh memerlukan zat kimia untuk mengelakkan kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan "Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".


Jumlah anak-anak penghidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.


Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam s / d jam 8 pagi. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.



Pernah dengar orang buta kena kanser? Kalau ada pun jarang- jarang benda ni berlaku..

Pada kenyataannya, Orang-orang yang buta tidak rentan terhadap melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah mengidap kanser.

Kalau takut nak tidur dalam gelap nak buat camne? Ok, kalau takut jangan tidur dalam suasana yang sangat cerah. Pasang lampu yang kaler kuning atau yang bewarna malap..

2 comments:

Kech Hidayah said...

aaaaaaaaa.patutla asik sakit kepala sebab suka tido dengan lampu terpasang.kadang2 saje je tak mau tutup lampu.sebabnya..takut! hahaha.orang takut gelap wehhhh..

cRazy s0uL said...

Booooooooooo~~~
kech tkot gelap! :P haha!

stalkers terhormat ;P