Friday, January 28, 2011

OUH, OK! KAMI ANAK MANJA. T___T

Hey, readers! (Oh, perasanlah kau. Macam ada sangat la kan orang nak baca blog kau)

Tadi Majlis Intervensi Pelajar SPM. Kaw- kaw punya kena dengan diktator tersayang.
Kitorang ada extra kelas pagi-petang-siang-malam kalau boleh tengah malam + waktu dhuha pun diktator nak buat kelas gak. Kalau tahun lepas, bulan Februari baru start extra class. Dua tahun lepas, bulan Mac baru start. Tahun nih minggu ketiga dah start dah kelas. Kalau boleh, hari first sekolah lagi dia nak buat extra class. T_____T Tahun depan aku rasa cuti bulan Disember lagi extra class dah start. Nanti dua tiga tahun lagi, mesti time form 4 lagi dah ada extra class.. Duhhhh kluster~

Ok, dah. Stop about that. Hectic weeks, Hectic days, Hectic year I guess. *PENGSAN*
Everyday homework banyak giler sampai nak buat revision sendiri pun tak sempat. Jadi budak form 5 memang TERLALU AMAT BUSY ala- ala PM eh? Jap, aku nak cakap yang tadi aku terharu tengok bapak peluk anak yang tengah menangis time buat akujanji. Akujanji ke akurjanji? Ergghh! Sebab jarang- jarang benda ni berlaku. Kalau mak peluk anak tuh biasa ah. Hey, aimi! Xdi abah mg kecek nga aku kat pitu paga asrma..haha!

Cikgu- cikgu cakap bebudak hostel dah jadi macam robot. HAHA! Pagi pergi sekolah, tengah malam baru jumpa katil.(APA KAITAN ROBOT DENGAN KATIL [?] )

Aku redha jer dengan suratan takdir.. T_____T Ecececeh... Tak nampak macam aku hepi ke bila duk kat sekolah? Jalan sana, jalan sini sampai Cik Haliah tersayang (?) complain sebab asyik lalu kot kelas dia.. Kekekeke :P ( Sesi kena- mengena. 2-1 Liah! haha)

Hoorey! Hoorey! It's HOLI-HOLIDAY! Cuti seminggu kuih bakul pun banyak. Jemputlah makan ramai- ramai yer (?)

SELF NOTE
Angpau raye;; Ooooo yeah!

BM-keratan akhbar pasal isu semasa
BI- Answer 11 question about Nature
Sej- Nota: Tokoh- tokoh pejuang tempatan (betul ke tak ntah) + jawab soalan dalam buku latihan
MM- Revision Form 1- Form 4 dalam buku latihan (FORM 1 SAMPAI FORM 4 KAU! BANYAK GILER)
ADDMATH- OOO YEAHHH! TAKDE KEJE DOE~
Bio- Dalam Bioscore
Chemi- Revision yang Form 4 punya dan topic rate of reaction. Nanti bukak teacher nak buat test + Lab report.
Fizik- Revision Chapter 1. Nanti ada test gak.
Quran Sunnah- Nota + hafal surah yasin + baca hadis yang ada dalam buku teks. Nanti ustazah nak buat tasmik.
Syariah Islamiah- Sama kes macam addmath. Takde keje doeeewww!
BAT- Insya' T___T Kena buat surat tidak rasmi. Rasa macam nak pitamkan diri sebab malas nak buat esei. grrr~

Nak lagi keje? Ada lagi.

PJK & PSK- Kena buat presentation nanti bukak sekolah nih.. duhhh~ Dahla orang nak bersukan tak bagi! SIAP NAK HABISKAN TAJUK LAGI! MACAM NAK MASUK EXAM..

2 comments:

Aimi said...

eh? abah kecek nga mg? kecek ga? baru baco abeh post mg hok ni. hahaa

cRazy s0uL said...

aq pom xengt dh abh mg kcek gpo ng aq.. haha!

stalkers terhormat ;P