Thursday, March 17, 2011

Did a supermoon cause the March 11 earthquake in Japan?

Dah orang lain duk sibuk cite pasal gempa bumi kat jepun, aku pun nak jugak! Tapi lain sikit. Siyesly entri ni aku buat sendiri okeh? TAKDE NYER NAK CIPLAK CIPLAK YANG ORANG LAIN PUNYER! APE KELAS BEB?

Okeh, let's start!

19 March 2011 nanti ada satu fenomena yang orang panggil supermoon.
Apakah supermoon bai?

Pernah tengok bulan sebesar ini??
Siyesly aku tak tipu. Nanti 19 mac bulan akan jadi besar lebih kurang macam nih la. Erm, ni orang panggil bulan perigee. Perigee = kedudukan di mana bulan berada dekat dengan bumi dan menyebabkan bulan tersebut kelihatan besar. Apogee= kedudukan di mana bulan berada jauh dengan bumi dan menyebabkan bulan kelihatan kecil. Dalam sebulan, ada sekali fenomena perigee dan apogee nih. Mesti pernah tengok bulan kelihatan besar giler kan kan kan? Ke tak pernah perasan pasal ni?

Tapi kali ni lain sikit. Try baca kosmo.

Pasal supermoon ni tak kisah la kan? Habis sume orang duk kecoh pasal ni. Tapi, ahli astrologi ramal yang bencana besar akan berlaku. Tu ramalan jelah kan? Takde pe lah. Itu ikut ramalan diorang. Masalah sekarang, Islam bagi ke kita percaya dengan ramalan- ramalan bagai? Ce cite, ce cite.

Jarak bulan nanti 19 mac ni 356 000 km. Ia adalah yang terdekat sepanjang 18 tahun bai. Aku hidup baru sampai 17 tahun. Tapi, jarak ni takde la beza sangat dengan perigee biasa. Ce kita tengok nanti malam sabtu ni, saiz dia ada beza tak dengan malam- malam perigee biasa. Kalau tak pernah tengok bulan perigee memanglah kan...................................

Kebiasaannya, supermoon berlaku selepas beberapa hari kemusnahan besar kat bumi ni berlaku. ok, tengok ni. Yang ni aku copy paste jer.. lalalala

2011 : Supermoon berlaku sembilan hari selepas tsunami Jepun 
2005 : Supermoon berlaku dua minggu selepas tsunami di Acheh (tsunami 26 disember 2004)
1989 : Supermoon berlaku beberapa hari sebelum gempa bumi di San Francisco 
1886 : Supermoon berlaku beberapa hari sebelum gempa bumi di Charleston  
1883 : Supermoon berlaku tiga hari sebelum Krakatoa meletup.
Kebetulan ke sume ni? Kajian dah dibuat. Kedudukan bulan pada masa kejadian di atas gagal menunjukkan yang bulan bersalah dalam kes ini. Ecececece.. Pandai lah kau. Macam lawyer tak bersalah tak bersalah bagai. hahaha
The things is, ramalan bencana besar yang akan berlaku ketika supermoon hanyalah diramalkan oleh ahli astrologi. Tau ahli astrologi tu hape? Tak tau takpe. Google sedia membantu. Ahli astronomi dan meteorologi tak pernah mengesahkan lagi tentang benda ni okeh?

Tak payah duk risau- risau sebab kesan daripada fenomena ini memang lah ada. Sebab daya tarikan graviti bulan yang dirasai di bumi lebih kuat berbanding hari- hari biasa. Kesan dia macam air pasang surut meningkat tu jelah. Takde pe pun.

Did a supermoon cause the March 11 earthquake in Japan? The answer is NO!
Kalau rajinlah kan, boleh baca kat sini


Kredit kat sumber haruslah ada kan?
http://hudsonvalleygeologist.blogspot.com/2011/03/supermoon.html
http://www.space.com/11113-supermoon-science-nasa-explanation.html
http://www.space-travel.com/reports/A_Supermoon_Did_Not_Cause_The_Japanese_Earthquake_999.html

No comments:

stalkers terhormat ;P