Sunday, June 26, 2011

Rule #1: Don't Think, Just Shoot


note: sila abaikan penggunaan kata ganti diri pada post ini.

Analogue camera. What did you expect from that?

kedua- dua belah tangan guwa diletakkan di sisi sambil mata memandang tepat ke arah kamera aqua waterproof 35mm yang baru menjadi milik guwa sebulan yang lalu.. puas guwa pandang. guwa yakin dengan apa yang akan guwa buat. guwa ambil user manual nya taruk di sebelah guwa. perrrgghhh punya la panjang dia punya guide. nasib baik guwa prestasi pembacaan di tahap yang cemerlang. guwa cari yang berkenaan dengan how to remove film from the camera. guwa baca sampai habis. hati guwa berkata, oh, ini senang! dengan penuh yakin guwa putar rewind button mengikut arah putaran jam. tersekat. guwa cuba lagi sekali. masih tak bergerak. peluh sudah mula muncul di dahi guwa. tanpa satu kelipan kelopak pon guwa terus mengesat peluh tersebut. muka guwa sudah pucat. di dalam hati guwa berdoa supaya guwa tak tersilap langkah memusing rewind knob tadi. guwa kelipkan mata supaya guwa tahu yang otak guwa masih boleh berfikir dengan logik.

guwa terus online. guwa login facebook dan tengok ada lima belas notification dan empat mesej. arrggh! persetankan semua itu. guwa ada kerja yang lebih penting daripada itu. gua taip lomoKIDS di kotak search dan tekan enter. guwa harap ada yang dapat membantu. guwa pilih seorang member yang agak aktif di situ. guwa hantar mesej. 'hey there, i broke the rewind knob and i think the rewind crank doesn't function properly. let me know if you know what's the problem with my camera.thanks.' walaupun guwa tahu yang beliau orang melayu, tetapi guwa tetap speaking. ego guwa agak tinggi dengan orang yang tidak berapa dikenali walaupun kadang- kadang grammar dan spelling guwa salah.
 
guwa tunggu untuk beberapa ketika. hati guwa sudah resah gelisah bagai bertarung antara hidup dan mati. seminit bagaikan sejam. pelbagai kemungkinan terlintas dalam fikiran guwa. guwa refresh page untuk mengurangkan rembesan hormon adrenaline. sesungguhnya guwa tak tahu apa kaitan refresh page dengan kadar rembesan hormon adrenaline. guwa mencuba untuk menenangkan diri. 6 minit berlalu. guwa terima mesej balas daripada beliau. dengan rakusnya guwa menekan tetikus untuk membuka mesej tersebut. perrrggghhh patut pun lama untuk beliau membalas mesej guwa. beliau pun sebenarnya tak tahu apa masalah kamera guwa. guwa tersalah pilih orang rupanya. tokey roflcam.blogspot.com tidak berada di atas talian (online) ketika itu. jika tidak guwa akan terus bertanyakan beliau akan hal ini. guwa tidak berani dengan orang lain memandangkan guwa hanyalah sang debu yang sikit pun tidak berguna di dalam group tersebut.

guwa tidak berputus asa. perkataan berputus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidup guwa. guwa tarik nafas dalam, guwa hembus. guwa tarik nafas lagi, tapi yang ini lama sikit. fuhhh guwa hembus. guwa tawakkal. apa nak jadi, jadilah. guwa tak kisah memandangkan kamera tersebut tidak memberikan sebarang nilai kepada guwa. hanya filemnya sahaja yang guwa rasa agak berharga kerana mengandungi kepingan- kepingan gambar semasa guwa berada di pantai seri tujoh untuk ber-kem galaksi entah apa- apa. guwa mencuba untuk memutar rewind knob sekali lagi. dan, kali ini berhasil! mata guwa bersinar- sinar. airmata sudah mula bertakung memandangkan ini kejayaan pertama guwa berhasil mengeluarkan filem daripada kamera. tiba- tiba guwa rasa bangga dengan diri guwa. *tangan di dada, mata ke atas*

p/s: kadang- kala best jugak menggunakan kata ganti diri 'guwa' perrgghhhh!

p/s/s: guwa sedang mencuba untuk mempraktikkan rule di atas. lu dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari guwa jika lu mempunyai penyakit atrokipodia (senang menyampah dan meluat). jika lu melanggar arahan ini, sebarang kecederaan hati tidak akan guwa bertanggungjawab.

No comments:

stalkers terhormat ;P