Monday, November 5, 2012

Foundation Of Agriculture Science

dulu masa sekolah budak- budak yang cerdik pandai yang tiap kali exam skor straight a's je semedang mesti dapat masuk kelas fes punyalah. yang kurang sikit a dia tu masuk kelas second third and so on.

tapi bila belajar asasi yang 100% cara belajarnya sama dengan sistem universiti ni, aku rasa banyak kelebihannya. budak 4 flat ke, x 4 flat ke, budak failed exam ke, budak muka ponteng ke, budak malas belajar ke apa ke semua duk satu kelas.

apa kelebihannya? okay macam aku yang agak malas nak belajar ni kan, kelas aku ada 3 orang budak 4 flat sem lepas. kelas aku tu kira kelas paling ramai la yang ada budak 4 flat. jadi yang malas belajar macam aku ni jadi agak rajin nak belajar bila duk berkawan dengan budak 4 flat. sebab? of cos benda yang lecturer ajar tu konfem benda yang masuk exam. lepastu, senang. yes senang nak buat rujukan. xpayah susah nak bukak buku kalau tak paham apa- apa sebabnya ada budak 4 flat tu. boleh je terus direct tanya dorang sebab aku taw tak ramai yang rajin pergi jumpa lecturer kalau tak paham pape kan?

so, aku rasa kat sini kan. kalau kat sekolah menengah pun buat sistem macamtu mesti awesome punyalah. semua kelas sama rata je. layanan pun mesti semua sama adil kan. nanti takde lah cikgu- cikgu bagi layanan berat sebelah kat budak kelas hujung- hujung. and budak kelas hujung- hujung ni rajinlah sikit nak belajar. bukannya apa, aku cakap ni based on self experience. aku ni bila dah tak paham satu- satu benda lepastu tanya classmates pun dorang taktau jugak aku terus jadi give up. konon merajuk lah dengan subjek tu. haktuihh laa.

jadi cuba bayangkan kalau dalam kelas tu ada sorang dua budak straight a's yang rajin belajar dan rajin bantu orang? mesti budak macam aku ni senang nak paham certain subjek dan insyaallah la yang tak pandai pun boleh jadi pandai kalau sistem ni diamalkan di sekolah- sekolah menengah selurah malaysia. budak macamni bukan malas sebenarnya. dorang cuma takde tempat nak buat rujukan. tulisan dalam buku tu pun bukannya paham sangat apa yang buku tu membebel. sebab tu kitorang tak rajin nak bukak buku. kitorang cuma perlukan tempat rujukan. jadi bila ada sorang dua yang pandai dalam kelas tu, senang la dorang nak buat rujukan.

tapi mesti ada orang kata, kenapa tak masuk je kelas first tu and tanya dorang terus je?

faham tak kat sini yang kitorang ni hanya BESI TEMBAGA sedangkan dorang tu EMAS BERLIAN? mana mungkin emas berlian mahu bergaul dengan besi tembaga. kamonlaa.. doktor pun nak pilih doktor jugak bila tiba time nak nikah. takde nye doktor nak kawin dengan mat rempit tepi jalan tu. dan kalau ada lah terjadi macamtu, jarang- jarang sekali jelah.

satu lagi,of cos la segan wei. tak mungkin tak segan bila orang yang kita tak pernah tegur tetiba kita nak tegur. mesti rasa awkward nak tanya soalan tu soalan ni. dan bebudak yang low class ni akan rasa macam tak layak nak berkawan dengan emas berlian tadi. so, jadilah tak pandai sampai bila- bila golongan besi tembaga.

tapi sistem ni tak sesuai untuk diamalkan di peringkat rendah dan juga di sekolah- sekolah di mana pelajarnya sememangnya tak mahu belajar langsung. kalau sistem ni di wujudkan di naim, aku rasa insyaallah akan memberi kesan positif.

kenapa aku cakap sistem ni akan berkesan? sebab budak- budak malas ni sebenarnya dorang nak study. tapi taknak bersusah- payah study. dorang nak semua benda ada depan mata. haa sapa taknak benda yang depan mata kan?

sekian bebelan untuk hari ini. mohon takde yang menyumpah seranah guwa dengan idea yang bernas yang dikemukakan kali ini.

yang ikhlas,
-bekas pelajar smka naim lilbanat-

No comments:

stalkers terhormat ;P