Tuesday, November 27, 2012

keinginan yang menggunung untuk mengupdate blog kerana idea di kepala sedang membuak- buak. tapi apakan daya kekangan masa disebabkan sekarang musim exam tidak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian. ahhh inipun ku curi sebentar masa rehatku kerana sudah tak tertahan rindu untuk mengusap keyboard hitam comel ini. haha

selepas exam, insyaallah beberapa features dalam blog ini akan berubah sedikit demi sedikit. insyaallah. tapi tak janji sebab hujung minggu ini sudah banyak date yang telah diaturkan. >.< date untuk ke MAHA International Fair belum tertunai. haiihhhh i'm busy person kalah PM uolllsss.

doakan aku untuk exam calculus malam besok! ingin ditegaskan kat sini bahawasanya calculus ini gila. chapter differentiation belum dikhatamkan lagi. tadi sempat mencuri sedikit masa ketika kuliah biology untuk study calculus. maaf doktor. saya memang tak minat biology sejak azali lagi. daripada membuta dalam kelas, lebih baik saya isi dengan seusatu yang berfaedah kan? hihii alhamdulillah sempat habiskan beberapa subtopic. dua subtopic lagi sebelum khatam differentiation. go go go!!!

No comments:

stalkers terhormat ;P