Thursday, December 6, 2012

hati hitam

pagi seperti biasa.
pabila terlihat kelibat bas, terus diserbu oleh para pelajar.
tidak terkecuali jugak aku.

tapi pada pagi itu, berbeza.
di dalam kekalutan,
di tengah pergelutan untuk merebut bas,
hujung mata ku tertangkap sesuatu.
aku hanya mampu melirik dengan hujung mata.

sungguhlah,di dalam kekalutan itu,
dia membelek telefon seperti orang lain juga.
tapi aku terperasankan sesuatu.
dia bukan membelek telefon seperti orang lain.
dia berbeza.
membuat mataku terpana seketika.
hati seolah- olah berasa kagum.

iya, di dalam kekalutan pagi itu,
dia masih sempat mengingati Allah.
rupanya, dia sedang membuka perisian al-Quran dalam telefonnya.
sungguh ku kagum dengan manusia itu.

kami di asasi UPM, takde kelas agama. hanya orang- orang yang betul- betul tahu kepentingan agama sahaja yang akan mengikuti kelas usrah, kelas tasawwur, kuliah agama, forum- forum agama yang dijalankan secara berkala di surau kolej ataupun kadangkala di dewan besar. maka haruslah aku terpana pabila melihat orang sebegini. :)


nasib baik perempuan. kalau lelaki? cair habis. hahahahahaha

No comments:

stalkers terhormat ;P