post kakak aku dekat facebook. |
Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Tapi, pagi keluarga aku, tahun 2012 mencacatkan sebuah memori yang pahit.
kalau ikut kalendar yang ada dalam mana- mana kalendar ataupun mana- mana smartphone yang hidup, hari ni bertarikh 29 Disember 2012.
Tau apa yang terjadi? Pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh Puan Umi yang menyatakan Ayah Teh telah kembali kerahmatullah pada pukul 4.15 pagi tadi.
Bagi sesiapa yang follow twitter aku, korang mesti tahu yang kebelakangan ini aku kerap bermimpi gigi aku patah. ada yang tiba- tiba dia patah, ada yang patah siap tersembur darah lagi macam kena bunuh. scary kan?
kalau mengikut apa yang aku google, mimpi tersebut bermakna aku akan kehilangan saudara terdekat. dan it's true. aku kehilangan pak sedara aku.
selepas tu, aku mimpi aku meludah. mimpi meludah bermaksud akan ditimpa kesusahan. semua mimpi tersebut benar- benar terjadi dalam hidup aku. mungkin Allah sayangkan aku. dia bagitau apa yang bakal terjadi dalam hidup aku melalui mimpi- mimpi aku. mungkin Allah sedang bagi peringatan kepada aku yang sentiasa membuat dosa sepanjang masa. Ya Allah, alhamdulillah.
adapun sebelum ini aku hanya percaya bahawasanya mimpi itu hanyalah mainan tidur, tapi hari ini, mimpi itu betul- betul terjadi dan memberi kesan kepada diri ku. semoga aku dapat menjadi lebih baik dengan adanya petunjuk- petunjuk dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ini.
semoga roh Ayah Teh dicucuri rahmat dan semoga jasadnya selamat di alam kubur sana. alhamdulillah pada pandangan aku, beliau telah meninggalkan anak- anaknya dengan ilmu agama yang mencukupi. Insyaallah benda tersebut boleh dijadikan sebagai bekal. Pada masa hayatnya, aku boleh katakan dia sukakan kanak- kanak. Adik aku, Buna, sering diajak untuk jogging bersama tiap- tiap petang saat beliau pulang ke kampung. bukan sahaja mereka berjogging, tapi adik aku tu dimewahkan lagi dengan mainan- mainan dan makanan dari kedai runcit terdekat sepanjang mereka berjogging.
No comments:
Post a Comment