walaupun aku layan lagu daripada skrillex, daft punk, benny benassi, THEM etc etc, tapi jiwa aku tak ke arah itu.
aku tahu apa yang jiwa aku perlu.
*ayat mukaddimah tu memang kerek je nampak.*
aku duduk dekat UPM jadi student asasi setahun macam- macam weh aku tengok orang. orang yang dari seksi tup- tup tengok sekarang dah tertutup lingkup semua. orang yang nampak alim tapi tengok- tengok hmm hampeh sama je dengan orang lain macam belangkas ke sana ke sini dengan ajnabi. ajnabi hoi!
eleh eleh eleh aku pun apa kurang jahil jugak. sedap pulak mengata kat orang. hahaha
tapi aku sedar, aku ada seorang insan yang bergelar ayah. Pergh, apak iyerrr, macam drama melayu sahaja ayat ini. hmm takde la. cuma aku tahu dan sedar la yang aku sekarang ni abah aku lagi yang tengah tanggung dosa aku ni. ye dok?
aku rasa aku normal kot sebab aku tak biasa tengok orang duk bertepuk tangan perempuan--lelaki. hmm aku tak normal ke? -,- sebab aku tengok ramai je classmates yang tak kisah bertepuk tampar ni. aku nak duduk sebelah lelaki pun dah rasa berdebar semacam rasa nak tercabut jantung hoii! ni macam mana aku nak bertepuk tampar dengan lelaki ni? sapa- sapa yang pro boleh laa tolong ajar?
inGaRt iTtewW kIsaRh keRw itTew nORmaL ke tarK?
yang orang selalu buat bukannya semua betul. dan benda yang betul tak semua orang buat. *cough cough*
aku minta maaf la kalau korang tengah dating lepastu aku duduk dan terus perati korang. hmm aku minta maaf. tapi aku memang sengaja perati pun sebab aku rasa bersalah. sobss dihnya ittew nengok kawan ittew camtu. sobss.
tapi kita tak boleh paranoid sangat. tak boleh nak judge sesuka hati kita. tak boleh nak memfitnah yang bukan- bukan. sebab bila kita start fitnah macam- macam, kita pergi minta maaf balik tak dengan dia? mak aku selalu pesan jangan duk kutuk sangat orang ni sebab nanti bila masanya pulak kita nak pergi minta maaf kat diorang? macam kita kutuk artis ke, ahli politik ke, anak sedara jiran sebelah rumah ke, orang yang lalu lalang depan depan kita yang pakai macam badut tu ke,makcik jual ayam kat pasar pagi yang gelang penuh dekat lengan tu ke. bila kita pergi mintak maaf kat dorang? haa amacam? sentap dak?
dosa kita dengan diorang macam mana nak timbang ni ye? nak timbang pakai kati ke pakai kilo? ke nak bajet omputih timbang pakai pound?
*cough* mari kita *cough* kembali ke pangkal jalan. jangan bukak kedai kopi nak membincangkan tentang politik pulak dekat blog suci murni aku ni. phuhh phuh
ingat dak apa yang matluthfi kata dalam vlog dia yang terbaru ritu? ingat daaaakkk??!!! *menjerit sambil pegang banner nak pergi buat riot*
abang mat kita kata,
"Hang taw ka family dia macam mana?" [01:53]
"Alah, Rifqi tu anak orang baik kot. Boleh la dia jadi baik. Ayah hang macam mana?" [02:33]
((aku sebenarnya dah pernah tulis pasal apa yang matluthfi maksudkan dengan ayat dia tu kat SINI sebelum matluthfi buat video tu lagi hihihihii))
*okay sila baca post tu dulu baru baca yang kat bawah ni.*
jadiiiiiiii *tarik nafas* sebab tu la kita kena husnuzonnn bak kata budak budak usrah. kita tak tahu family dia macam mana. mungkin dorang tu adalah yang terbaik di antara family dia. siapa tahu?
jadi sangatlah aku berharap agar semua yang membaca dapat mengambil sedikit inti hasil daripada penulisan saya yang jahil dan serba kurang ini. aceewahh ayat dah macam ustazah fatimah syarha ohoii. janganlah kita berburuk sangka dengan orang lain dan janganlah kita merendahkan maruah diri kita. ((ini dah betul- betul ayat macam ustazah. ahh toksah layan saya lah. tak berapa betul sikit ni cuti lama sangat.))
tapi aku takut satu je. aku dah lama nak tulis benda ni tapi takde kekuatan la kot. sebab aku takut nanti benda ni berbalik kat aku pulak nanti nauzubillah. aku takut aku pom pang pom pang dalam blog ni tengok- tengok esok korang nampak aku dah macam belangkas duk berkepit dengan pakwe 24jam, duk bertepuk tampar dengan lelaki. ye nauzubillah mintak jauh la. jangan la Allah duk uji aku macamtu pulak. aku harap sebelum aku kahwin, aku takde la tiba- tiba bangun tidur pagi tu mengigau nak pergi bermanja-manja bermummy--daddy, bersayang--baby, dengan lelaki- lelaki yang masih haram bagi aku ni. ohhoii!
doakan la ye. fi hifzillah! assalamualaikum! ^^
No comments:
Post a Comment